Hari nie saya pergi dengar ceramah bertajuk "Kenal Diri, Tahu Potensi, Tingkat Integriti. Ceramah nie disampaikan oleh Ustaz Shahrizan bin Daud iaitu Mursyid Program Imam Muda. Seronok sangat dengar di berceloteh rasa macam tak puas je 2jam. Banyak la benda yang boleh saya kongsi dengan korang. Kira saya pergi ceramah nie tak rugi la untuk saya sebab dalam slot ceramah ustaz tu, dia banyak mengupas tentang kelahiran, bagaimana untuk mendidik anak dan pasal diri seseorang itu sendiri. Antara topik yang saya paling suka iaitu pasal kelahiran la kan sebab tak lama lagi saya pun bakal menerima cahaya mata yang pertama. Dalam slot kelahiran ustaz tu ada menyebut pasal bab membelah mulut bayi, saya pun mula terfikir macam mana kita nak belah mulut bayi yang baru lahir, sedangkan cara pun kita tak tahu. Ustaz tu menerangkan begini, apabila lahirnya bayi tersebut, sebelum si ibu menyusukan si bayi, perlulah dibelah dahulu mulut bayi tersebut dengan kurma ataupun air zam-zam. Selepas itu baru la disusukan bayi tersebut dengan susu pertama. Kedua iaitu cara untuk menguruskan uri bayi yang baru dilahirkan. Uri tersebut perlulah di tanam bersama asam keping dan garam bukanlah bersama paku yang dibalut dengan kain kuning. Cara tersebut boleh dikira sebagai syirik. Uri juga seelok-eloknya ditanam di waktu pagi iaitu sebelum terbenamnya matahari dan ditanam di tempat yang bagus. Contonya di kawasan masjid. Ketiga iaitu cukur jambul bayi. Rambut bayi seelok-eloknya dikcukur selepas seminggu dia dilahirkan. Ini boleh membuatkan bayi tersebut menjadi lebih bijak dan akal fikirannya lebih pintar. Apabila rambut bayi dicukur, perlulah dicukur sehingga habis. Kepada ibu n ayah yang bakal menimang cahaya mata pertama, Ustaz Shahrizan berpesan, azan dan iqamah lah bayi itu sebelum dia dimandikan. Rasanya cukup la saya berceloteh kat sini. Nanti kalau ada topik yang best lagi, kita kongsi ea...
No comments:
Post a Comment