Tarikh hari ni memang chantek sgt...bak kata org cina "ong" la...Kalau sapa yang duedate hari ni perhh..syoknya..tambah² baby pertama kan..sapa yang bufday hari nie pun xkurang hebatnya..mest bangga jugak la kan...so sapa² yang ada plan nak blind date ker, nak melamar kekasih hati ker, pilih la tarikh hari nie..Buat Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Selamat Hari Lahir yang ke-32 tahun...
KUALA LUMPUR, 11 JAN 2011: Mahu menjadi seorang wanita, isteri dan anak yang baik, itulah impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Bersyukur kerana dilimpahi rezeki yang berterusan serta memiliki kehidupan yang sempurna, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Siti mengharapkan kegembiraan tersebut akan berkekalan selamanya.
"Alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang diperolehi kini. Sebolehnya saya mahu memperbaiki lagi diri saya untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.Saya berharap saya mampu memperbaiki beberapa perkara dalam hidup seperti kerjaya saya, baik dalam bidang seni mahu pun perniagaan.
"Dari segi peribadi, saya mahu menjadi seorang wanita, isteri dan anak yang baik," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya ke-32 yang diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur malam tadi.
Ditanya mengenai hadiah yang diterima daripada suami tercinta (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa), bicara Siti, dek kerana kesibukkan yang dilaluinya dalam masa terdekat, ia menyebabkan dia dan suami tidak berkesempatan untuk keluar bersama membeli hadiah hari lahirnya.
Namun dalam tersenyum malu, Siti memberitahu, dia mahu suaminya menghadiahkannya komputer riba Macbook Pro.
"Kebelakangan ini Siti agak sibuk jadi masa untuk bersama suami pun terhad. Jadi nak pergi membeli hadiah pun tak ada masa. Tapi kalau boleh Siti harap sangat dapat hadiah Macbook Pro daripada suami," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment