Thursday, December 29, 2011

~Tote Boutique Giveaway~


Pantang nampak mesti nak masuk...
Kali nie giveaway dari Tote Boutique
cantik² beg dia...harap sgt dpt buat beg mcm nih...yg pasti harap nak menang..hehehe

Buku Pertama Arissa

Assalamualaikum...

Sebenarnya entry kali nie tak ada benda sangat pun..
Ceritanya mcm ni, masa lunch tadi, aku dengan kak hajar n kak yana ke Alamanda..kebetulan kat alamanda MPH buat sale untuk semua jenis buku, dari kanak² hingga la dewasa..
Pusing punya pusing tgk, terbekenan la kat satu buku ni...kalau korang nak tau buku tu bukan untuk aku tapi untuk dak kecik arissa..tajuk buku tu ANIMAL..
Sebenarnya aku beli tu bukan untuk dia belajar je, tapi untuk dia main jugak. Sebabnya kalau korang nak tau bila aku or papa dia baca surat khabar, dia sebok je nak tengok n pegang..
apa lagi, amik la peluang ni dan beli...
Ni ha, bukunye..

Wednesday, December 28, 2011

Sup Tulang

Assalamualaikum...hai..

Hari nie aku nak update kisah isnin minggu lepas. Cerita yang dah basi pun... 
Tetiba hari ahad mlm tu dah terpikir menu makan malam untuk hari isnin punya...hehehe..terlebih laju la plak...
Aku balik je dari ofis petang isnin tu, terus singgah pasar beli tulang lembu n bahan² untuk buat sup tulang..
Tapi yang sepoi sikit, sup tulang yang aku  buat kali ni, tidak menepati tema dan citarasa en suami..sebab dia cakap sup tulang aku buat tu ada rasa rempah kurma...memang aku ada letak sikit pun rempah kurma tu sbb kawan aku cakap kalau letak rempah kurma tu, sup tulang akan rasa lagi sedap...sup tulang nie resepi dari kawan aku..
Kalau korang nak tau, en suami aku punya citarasa sup tulang dia, macam aku buat sup ayam..jenis yang tak pakai rempah punya...tapi apa² pun, korang tengok dan nilai sendiri la mcm mana sup tulang aku nie eh...

Ini lah dia cubaan ke 2 sup tulang sempoi

Tuesday, December 27, 2011

Cuti Arissa Demam

Assalamualaikum...hai..

Macam mana dengan cuti hujung minggu dan hari natal korang..
Cuti aku kali nie tad dapat nak berjalan ke mana pun hanya berkampung di rumah je sebab dak kecik arissa kena chiken pox ataupun org tua² panggil peletong..aku tak pasti sgt ejaan nye betul ke tak..

Alkisah nye mula aku perasaan hari ahad lagi sebab ada naik cacar air kat leher n tangan dia..pastu aku ingat tak ada apa² la kan..esk nye tu aku pegi keja mcm biasa la. Petang isnin tu, masa ambik dia kat rumah pengasuh dia, mak cik tu cakap dia demam, aku dah agak dah nie mesti chiken pox..tgk² kat badan dia betul..dah penuh 1 badan..suhu badan dia pun tinggi..atas 38 jugak la..

Hari rabu pukul 4.30 pagi suhu badan dia naik sampai 40.5 celcius...terus ajak papa arissa pegi kecemasan..
Sampai je ke kecemasan terus doktor suruh mandikan kan dia...Ya Allah, aku sedih sangat tgk dia menangis teresak-esak..sedih sangat..

Aku sempat la snap gambar dia masa tak sihat tu..

mula jadi
kawasan punggung

Thursday, December 15, 2011

Tak Tahu Apa Kena

Assalamualaikum...

Pagi yang x berapa nak indah sebab pagi tadi cuaca macam mendung je..harap tu tak hujan la kan..tapi kalau nak hujan jugak nak buat mcm mana dah itu memang kerja DIA..

Oklah. kita berbalik kepada tajuk yang sebenar ye..
Al kisahnye, dak kecik arissa ni semalam masa tgh tgk tv, aku makan aiskrim coklat depan dia..ermm apa lagi dia pun nak la..aku pun kesian bagi la dia rasa ckit..
Lepas dah bagi sekali, dia nak lagi..agaknya sedap kat tekak dia kot..hehehe..aku bagi la sikit lagi..
Lepas 1 jam mcm tu la, abes merah kat kawasan mulut dia mcm kena gigit semut n nyamuk..
aku pun pelik la jugak, sebelum ni dia makan aiskrim ok je..takkan sebab makan sup ayam kot..sebelum dia makan aiskrim, papa dia ada suapkan sup ayam..
apa² pun korang tgk la gambar dia ni..

Tuesday, December 13, 2011

Hukum


Adakah saya boleh menyusukan bayi selain daripada anak kandung saya?

Ya. Ini dibenarkan oleh Islam. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai ibu susuan (Thuwayba dan Halimatus-sadia). Ibu-ibu susuan tersebut dipandang tinggi oleh Allah swt sebagai pengasuh Nabi Muhammad saw ketika kecil. Walaubagaimanapun, menyusui anak orang lain akan mewujudkan pertalian saudara susuan antara keluarga ibu susuan dan anak susuan.
(Rasulullah SAW pernah disusukan oleh Thuwaybah sebelum menjadi anak susuan Halimah As-Saadiah. Sirah ini dapat diteliti daripada hadith berikut:
Maksudnya:
`Urwah bin al-Zubair menceritakan kepada ku (Az-Zuhriy), Zainab anak perempuan Abu Salamah memberitahunya, Ummu Habibah binti Abu Sufyan memberitahunya, beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kahwinilah saudara perempuanku”. Lalu Rasulullah bersabda, “Atau kamu sukakan hal itu?”. Aku berkata, “Ya, tidaklah aku bersendirian. Dan aku suka jika saudara perempuanku berkongsi yang terbaik denganku.” Rasulullah SAW bersabda, “Itu (berkahwin dengan dua adik-beradik) tidak halal bagiku”. Aku berkata, “Kami mendapat tahu bahawa engkau mahu berkahwin dengan anak Abu Salamah”. Rasulullah bersabda, “Anak Abu Salamah?”. Aku berkata, “Ya”. Rasulullah kemudian bersabda, “Sekalipun dia bukan anak kepada isteriku, ia tidak halal bagiku kerana dia anak kepada saudara sesusuanku. Thuwaybah telah menyusukanku dan Abu Salamah. Maka tidak boleh bagiku untuk berkahwin dengan anak-anak kamu dan saudara-saudara perempuan kamu”.

Tuesday, December 6, 2011

Berpeluh di petang minggu..

Assalamualaikum...

Mesti semua ckp entry baru lagi, sebenarnya entry kali ni nak cite pasal dak kecik arissa ni ha..Hari ahad petang tu aku dan en N bawak dia jalan² pegi taman dkt dengan PICC tu..kalau korang penah pegi taman tu dekat dengan empangan...seronok la, sbb banyak family santai² n bawak anak diorang main kat situ...pelancong² pun ramai singgah kat situ..
Kami memang selalu pegi situ kalau cuti hujung minggu sejak dari mengandungkan dak kecik arissa lagi...petang ahad tu kami pegi siap bawak walker dia lagi, memang dia jakun sekejap la bak kata org kampung aku kan...hehehe..memang seronok sgt tgk dia bebas pusing sana sini, sampai berpeluh la..tak macam kat rumah selalu je ada sempadan yang papa dia buat..hehehe.apa² pun jom kita layan picas dak kecik arissa...
Baru sampai taman
posing dulu
posing lagi
penat berpusing, rehat kejap
ye mama, arissa dengan papa ni..
bebas, lalaala..

nape mama, arissa kat sini
lawan dengan papa
arissa dan papa
arissa dan mama

ni video yang sempat dirakamkan..
video

Jom Heboh

Assalamualaikum...selamat pagi mommies² dan pemblogger²...

3 Disember 2011
Semalam aku on leave sebab kurang sihat..hari ni mood untuk update entry macam membuak² plak...hehehe..mcm mana dengan cuti hujung minggu korang..? Kami cuti hujung minggu hari sabtu jalan ke jom heboh kat Bukit Jalil, memang aku dah plan pun nak pegi jom heboh..awal² lagi aku dah ckp kat en. N suh bawak aku n arissa pegi sana...Masa kami sampai tu artis² dah mula nak berkemas utk rehat sebab kami sampai pukul 5, cari parking lagi..fuhh parking jgn ckp la mmg susah mau dapat..Gambar masa kat sana xbyk pun aku snap..apa² pun jom la layan sikit gambar...
saya ada angrybird

Best mama n papa bwk jalan
Arissa dan Papa
Arissa n Mama

Wednesday, November 23, 2011

Lepas Geram..!


Ada seseorang telah buat aku marah dan tension...Kalau ko ada masalah rumah tangga, tolong la jangan di bawak ke ofis..aku memang pantang kalau jumpa orang mcm ni..
Satu lagi, Aku tak suka la kau buat muka ngan aku..aku benci tau x..bangang betul..
Memang ko ni jenis yang suka bermain dengan perasaan sendiri la wahai insan yang bergelar wanita...

Tuesday, November 8, 2011

Salam Qurban & Aidil Adha

Assalamualaikum...hai mommies² dan pemblogger...(cewah.)

Sebelum jari jemari ni mula menaip, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang semua..
Macam mana dengan cuti Hari Raya Korban korang? Mesti seronok kan..nak pulak semua sedara mara balik... Aku of course la seronok sangat sebab raya kat kampung aku kan..raya aidilfitri aku dah beraya dengan keluarga papa arissa dulu...tak adil la pulak kan bagi keluarga aku nanti..hehehe...

Menu hari raya korban family aku ala kadar je sebab kami tak ramai...aku buat ketupat daun pisang, nasi himpit, ayam masak merah...pencuci mulut pulak aku buat kek batik..sori la gambar tak sempat nak snap..

Petang raya tu, abes je bejalan raya ke rumah kawan aku,  papa arissa n pak ngah arissa ni ajak aku n the sisters pegi jalan²  ke Penang...boleh x..? sempat lagi kami..diorang ckp boring la tak ada apa nak buat..jalan punya jalan kat queensbay mall, terasa lapar la pulak..
Papa arissa ajak makan kat nasi kandar line clear..pegi la kat sana...tgk² tutup..pastu pegi plak kat nasi kandar beratur, pun sama gak..tutup...yela nama pun raya kan..lagipun kedai nasi kandar yang kami nak pegi tu tak bukak 24jam...Last² kami pekena nasi kandar pelita..best jugak la cuma kari dia agak pedas..
Sebenarnya tak banyak benda sangat pun nak citer kat korang...jom la kita layan picas..

Baju dan Kasut Raya Arissa

Setelah penat beraya

Ni moto sepupu saya..jom naik..
Arissa dan papa kat Queensbay Mall

Friday, November 4, 2011

Yang mana satu..?

Assalamualaikum...salam petang Jumaat..penghulu segala hari..

Mesti korang cakap pembuka entry panjang lebar kemain..hehehe..Jom kita ke topik yang sebenar...
Yang sebenarnya aku nak beli breastpump..tapi dok konfius brand apa yang aku nak beli..aku berminat dengan 2 brand yang berbeza...Medela n Spectra..2 brand nie harga nye mmg sangat boleh tahan la..hahaha...

Mesti korang pelik kan nape baru sekarang aku nak beli breastpump..sedangkan Arissa dah nak masuk 8 bulan pun umur dia..Ermm...Meh cni aku citer kat korang...

Sebenarnya dulu sebelum Arissa lahir, aku dah penah beli breastpump jenama pureen..brand tu harga murah..sebab pam tu pakai bateri je..aku guna tak lama pun sebab aku tahan dengan proses pengeluaran susu lambat sangat dan kuat sangat pakai bateri...Jadi aku buat keputusan untuk tidak menggunakannya lagi...wah, ayat baku plak..hahaha...

Nak di pendekkan cerita senang cakap la pam tu pun dah rosak sebab tempat letak bateri dia dah tak boleh pakai...hehehe..ganas tak aku..?

Lepas je pam tu rosak, aku tak beli pun pam baru...sebab aku rasa kaedah manual pakai tangan ni ataupun dikenali sebagai kaedah marmet ni lagi cepat n banyak susu keluar..lama jugak kan aku guna kaedah ni..? (perasan sekejap...)

Sekarang aku dah buat keputusan untuk membeli breastpump...Mulanya aku nak beli yang manual..tapi bila dah bincang dengan papa Arissa dia cakap tak payah la..beli yang elektrik terus jela...kalau beli yg manual sama macam pakai kaedah marmet gak la..betul tak..tapi yang menjadi konfius skrg breastpump yang mana korang rasa lebih ok kalau yang elektrik..?

2 brand yang aku nak beli ::

Medela - Swing Breastpump

Spectra - Dew 300 Breastpump 

Topi Baru Saya..!

Assalamualaikum..hai..pemblogger semua...cewahh..hehehe

Entry hari nie sebenarnya tak ada apa sgt pun..saja mama arissa nie nak tunjukkan hat baru arissa...baru beli semalam...jom layan picas..
Arissa dan topi baru...korang tgk la dia beposing dengan tiga gaya yang berbeza..lawak je aku tgk...hehehe..




Wednesday, November 2, 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Moh kite join Contest Anakku Berfotogenik


nak join tak, jom klik kat sini atau tagline (gambar anak dara dan teruna) kat atas ni..

ni gambar dak kecik saya...


Nama : ARISSA HUSNINA BINTI NASRUL AFFENDY

Nama Mama : SITI ROHAYU BINTI ELIAS

Nama Papa : NASRUL AFFENDY BIN ABU BAKAR

Umur : 7 BULAN


saya dah tag mereka 





Tarikh Tutup Contest : 11/11/11

Tuesday, November 1, 2011

Arissa dan PakCu

Assalamualaikum...pagi mommies²...!

Wah, hari ni mesti semua org tau kan...tarikh hari ni cantik sgt...11.11.11..pergh..! kalo tarikh hari ni jatuh hari sabtu or ahad, kompom ramai yang pilih tarikh ni utk buat majlis..Ok jom kita tukar kepada topik yang sebenar...hehehe..

Hari ni aku nak ceirta pasal dak kecik Arissa Husnina lagi...dia skrg bukan main manja lagi ngan pak cu nye...pantang je nampak pak cu terus nak mintak berdokong...sejak pak cu nye dok kat cni ngan aku...

Adik aku skrg tinggal ngan aku sementara nak tunggu keputusan exam dia keluar...hari tu dia blaja amik kemahiran kat IKBN Sri Iskandar...sekarang dia keja kat Mcdonalds Alamanda..ok la kan dari dok umah je..

Semalam sempat la aku snap picas arissa n pakcu nye yang sedang khusyuk tgk astro baby tv..jom kita layan picas mereka bedua...!



Monday, October 31, 2011

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum....hai semua..

Macam mana dengan cuti hujung minggu korang semua..ok? Cuti hujung minggu aku, kawan masa kat politeknik aku kawin..jadi nak xnak kena jugak la aku pegi kan..dah nama pun kawan...kawan aku ni dok kat Kg. Gajah, Perak..kebetulan pulak memang kakak aku tinggal kat sana...jadi xpayah la nak risau pasal tempat nak tido lagikan...hehehe...untuk pengetahuan korang semua, kedua-dua pengantin ni kawan aku...perkenalan depa ni berputik masa kat politeknik lagi...sweet sgt.sebab depa ni pasangan yang romantik...hehehe...jom la kita layan picas depa kawin...

Thursday, October 27, 2011

Cuti Deepavali

Assalamualaikum peeps..and mommies2 out there..

Selamat kembali bertugas..macam mana ngan cuti deepavali korang semua semalam...ok ke? Semalam aku, en suami n buah hati pengarang jantung hati kami arissa jalan² ke IKEA...biasa la dah lama x ke sana..skali² nak gak tgk apa brg baru yang tengah di promosikan...
Bestnya kerja hari ni..bos aku takda..hehehe..dia cuti hari ni dan esk...minggu depan dah masuk ofis balik..
Sebenarnya xda benda pun nak share ngan korang semua..cite ni xbest pun...tapi aku nak cerita gak...boleh x? hehehe...Ha, bercerita pasal semalam..lepas je abes membeli sedikit barang di ikea, aku ajak en hubby ke mall berdepan dengan ikea tu..apa nama mall tu aku pun dah lupa..hahaha...jalan punya jalan ternampak la mainan yg kena isi syiling tu..aku mmg pantang kalo jumpa permainan tu..mest nak masukkan arissa kat dalam tu..mama nye plak yg terlebih ecxited..aku sempat la rakam gelagat arissa masa naik permainan tu...jom layan video!
video

Tuesday, October 25, 2011

kite dah boleh duduk...

Assalamualaikum peeps..and mommies2 out there..

Hari ni nak story mory ckit pasal si kecik aku Arissa Husnina tu..dak kecik tu dah pandai duduk..hehehe..
Memang tak sangka jugak la dia boleh secepat umur dia skrg..merangkak mmg dh boleh..tp gamb dia merangkak belum sempat nak snap lg..

Cerita pasal dia duduk, mula aku boleh perasan masa aku baring kan dia atas tilam kat umah and then letakkan bantal kt kepala dia, pastu dia bangun n terus duduk..mmg terkejut gak la aku...hehehe..tp hati nie mmg seronok la..mmg aku terharu sgt sbb mmg aku xbajet pun umor dia masa tu dah boleh duduk..

Jom kita layan picas Arissa tengah duduk tengok astro ceria..ni pic pagi semalam sebelum aku pegi keja n hantar dia kat rumah pengasuh...


terlentok la kepala punya tgk tv..

Anakku Arissa Husnina


Anakku.. Arissa Husnina

Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka mama akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut mama
Engkau ikut kemanapun mama pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak nyaman, karena mama kecewa dan berurai air mata…

Anakku..Arissa Husnina,
Bila mama boleh memilih apakah mama harus operasi caesar, atau mama harus berjuang melahirkanmu
Maka mama terpaksa memilih operasi caesar kerana nyawamu lagi berharga
maafkan mama nak

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan papamu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku.. Arissa Husnina,
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka mama memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu mama telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada mama dalam kantuk mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku.. Arissa Husnina,
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan mama, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan mama…
Maafkan mama…
Percayalah nak, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka mama
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama…

Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)

Thursday, October 13, 2011

Arissa 7 Bulan...

Salam...dan hai..

Sebelum aku memulakan entry yang x seberapa ni, aku nak mintak maaf la kat korang sebab dah lama aku tak cerita sesuatu kat sini..Bukan apa, tak ada benda penting sangat pun yang aku nak cerita...K la, kita teruskan dengan entry utk hari ni..Sebenarnya entry hari nie nak cerita pasal si kecik aku yg semakin membesar tu..Sekarang dah semakin lasak dan bijak..tak boleh kena marah sikit..bila dia meragam xmau tido, aku marah terus mencebek n sedih...kadang² tu mamanye ni tak penyabar sikit..hehe..marah main² je sebenarnya..Cerita pasal kelasakkan dia. ermm jgn cakap la, kadang² tu xsempat aku nak masak kat dapur dia yg sibuk ke dapur dulu..kalau aku nak jemur baju, dia pun sibuk sama..bila aku pasangkan kartun kat dia sekejap je dia tgk, pastu dah menjerit sebab takot tinggal sorang..hehehe..kalau kat dalam walker dia, jgn ckp la kelajuannye..sekejap je dah sampai ke dapur..apa yg aku buat semua dia nak buat...ermm..senang ckp dia pun nak buat gak la..yang sebenarnya, seronok bila tgk setiap hari telatah anak yang nak membesar nie...rindu bila kita kt tempat keja..hehe...Alah, xda benda dah la nk story...cuma ada sikit gambar kat bawah nie yg kat sempat snap msa kt kampung tgh makan A&W dan masa kat R&R Tapah...korang tgk la ye..
tengah kyusuk tengok tv
excited nak amik gambar
playground RnR Tapah
Mkn kat Burger King Restoran Jejantas
A&W Taiping Sentral

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...salam petang ramadhan...
Sebenarnya, aku just nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat korang semua je..hehehe,
Ampun dan maaf dipinta ye..;)

p.s: balik kampung tu memandu la dengan berhati² dan ingatlah orang yang tersayang sedang menanti di kampung...

Arissa Alergi Biskut

Assalamualaikum..sekali lagi dalam waktu yang sama..

Cerita nie freshy lagi tau..ceritanya macam nie, petang tadi lps amik arissa dari rumah pengasuh dia, aku pun baringkan dia kt atas tilam macam biasa...pastu aku tetiba teringin nak bagi dia rasa biskut rusk sebab aku tanya kawan2 ramai yg ckp dh boleh try bagi sebab umur arissa dah nak menjangkau 6bln. so dengan penuh excitednnya, aku pun rendamkan la biskut rusk tadi dengan air susu, then aku wat cair2 supaya arissa boleh hadam. yela takkan aku nak wat mcm bubur budak besar makan kot...tepat pukul 6 petang, aku suapkan dia. Pada mula tu dia xberapa suka. Mungkin dia rasa pelik kan...tapi lama kelamaan, dia suka n nak lagi..aku pun suapkan la macam biasa. Kebetulan masa time makan tu dia dah ngantuk, so lepas makan terus dia tetido, tak sangka pulak la yang biskut tu xsesuai ngan dia..mana taknya, selang beberapa jam sebelum kami bebuka puasa je terus nampak perubahan pada kulit n badan dia..mula tu papa dia perasan yang dia dok tergaru² n gosok² muka pastu papa dia ckp "eh syg mata arissa nie naik ketumbit ke?" pastu aku ckp "tak da la, tadi elok je". aku pun terfikir tadi masa nak letakkan arissa kt tilam ada nampak semut merah yg kecik tu kat area ctu, tapi aku dh clearkan sebelum letak dia. papa arissa ckp lagi "nyamuk kot", aku ckp " ada nyamuk ke rumah kita nie?", pastu papa arissa ckp "ada la, abg pun penah kena gigit". pastu aku tgk makin teruk je muka arissa ni, sampaikan telinga dia membengkak teruk sgt..muka n kepala jgn ckp la abes merah n berbiji2..mmg kalau korang tgk kesian la..apa lagi aku pun xsenang duduk la ingatkan dia panas, terus bwk dia pegi mandi n sapukan dia lotion...pastu aku tgk still sama je, telinga makin tebal n bengkak, bdn pun dh merah...terus en suami ajak g emergency..sampai je sana, terus nurse lelaki ambil detail n bwk masuk dalam zon semi kritikal...masuk je kat dalam semua nurse ckp kesiannya, merah muka dia..memang semua depa suspek alergi..doc pun ckp mcm tu, then doc ckp kt nurse kita masukkan hydrocort...so, terpkasa la tangan arissa kena cucuk untuk masukkan jarum sebab nak masukkan ubat..arissa pun dengan penuh marahnya kt nurse, menjerit kesakitan n kemarahan yg tak terkata...selesai je nurse masukkan ubat, arissa di tempatkan di wad sementara kat dalam emergency tu gak, sebab doc nak pantau dia takot penafasan dia terganggu. aku dgr mcm tu terus aku risau n tanya nurse. nurse ckp mmg baby alergi nie , penafasan dia mungkin akan terganggu. sejam jugak la arissa kt situ sebab doc nak tgk perubahan keadaan dia...tepat pukul 9malam doc dtg tgk dia dah okew n dah pun boleh balik..aku sempat la gak amik gambar dia kt dalam emergency tadi...

sakit tgk tgn dia mcm tu

masa nie muka arissa dah kurang bengkak

tangan berjarum sempat lagi nak main
Alhamdulillah..nasib baik anak mama arissa husnina ni kuat semangat..lepas je doc n nurse masukkan ubat, dia terus berhenti nangis. Sampai je kat atas katil wad sementara tu, dia ajak aku n jiran sebelah dia borak pulak..aish.la arissa..apa2 pun, lega rasanya bila tgk dia dh ok..