Thursday, December 29, 2011

~Tote Boutique Giveaway~


Pantang nampak mesti nak masuk...
Kali nie giveaway dari Tote Boutique
cantik² beg dia...harap sgt dpt buat beg mcm nih...yg pasti harap nak menang..hehehe

Buku Pertama Arissa

Assalamualaikum...

Sebenarnya entry kali nie tak ada benda sangat pun..
Ceritanya mcm ni, masa lunch tadi, aku dengan kak hajar n kak yana ke Alamanda..kebetulan kat alamanda MPH buat sale untuk semua jenis buku, dari kanak² hingga la dewasa..
Pusing punya pusing tgk, terbekenan la kat satu buku ni...kalau korang nak tau buku tu bukan untuk aku tapi untuk dak kecik arissa..tajuk buku tu ANIMAL..
Sebenarnya aku beli tu bukan untuk dia belajar je, tapi untuk dia main jugak. Sebabnya kalau korang nak tau bila aku or papa dia baca surat khabar, dia sebok je nak tengok n pegang..
apa lagi, amik la peluang ni dan beli...
Ni ha, bukunye..

Wednesday, December 28, 2011

Sup Tulang

Assalamualaikum...hai..

Hari nie aku nak update kisah isnin minggu lepas. Cerita yang dah basi pun... 
Tetiba hari ahad mlm tu dah terpikir menu makan malam untuk hari isnin punya...hehehe..terlebih laju la plak...
Aku balik je dari ofis petang isnin tu, terus singgah pasar beli tulang lembu n bahan² untuk buat sup tulang..
Tapi yang sepoi sikit, sup tulang yang aku  buat kali ni, tidak menepati tema dan citarasa en suami..sebab dia cakap sup tulang aku buat tu ada rasa rempah kurma...memang aku ada letak sikit pun rempah kurma tu sbb kawan aku cakap kalau letak rempah kurma tu, sup tulang akan rasa lagi sedap...sup tulang nie resepi dari kawan aku..
Kalau korang nak tau, en suami aku punya citarasa sup tulang dia, macam aku buat sup ayam..jenis yang tak pakai rempah punya...tapi apa² pun, korang tengok dan nilai sendiri la mcm mana sup tulang aku nie eh...

Ini lah dia cubaan ke 2 sup tulang sempoi

Tuesday, December 27, 2011

Cuti Arissa Demam

Assalamualaikum...hai..

Macam mana dengan cuti hujung minggu dan hari natal korang..
Cuti aku kali nie tad dapat nak berjalan ke mana pun hanya berkampung di rumah je sebab dak kecik arissa kena chiken pox ataupun org tua² panggil peletong..aku tak pasti sgt ejaan nye betul ke tak..

Alkisah nye mula aku perasaan hari ahad lagi sebab ada naik cacar air kat leher n tangan dia..pastu aku ingat tak ada apa² la kan..esk nye tu aku pegi keja mcm biasa la. Petang isnin tu, masa ambik dia kat rumah pengasuh dia, mak cik tu cakap dia demam, aku dah agak dah nie mesti chiken pox..tgk² kat badan dia betul..dah penuh 1 badan..suhu badan dia pun tinggi..atas 38 jugak la..

Hari rabu pukul 4.30 pagi suhu badan dia naik sampai 40.5 celcius...terus ajak papa arissa pegi kecemasan..
Sampai je ke kecemasan terus doktor suruh mandikan kan dia...Ya Allah, aku sedih sangat tgk dia menangis teresak-esak..sedih sangat..

Aku sempat la snap gambar dia masa tak sihat tu..

mula jadi
kawasan punggung

Thursday, December 15, 2011

Tak Tahu Apa Kena

Assalamualaikum...

Pagi yang x berapa nak indah sebab pagi tadi cuaca macam mendung je..harap tu tak hujan la kan..tapi kalau nak hujan jugak nak buat mcm mana dah itu memang kerja DIA..

Oklah. kita berbalik kepada tajuk yang sebenar ye..
Al kisahnye, dak kecik arissa ni semalam masa tgh tgk tv, aku makan aiskrim coklat depan dia..ermm apa lagi dia pun nak la..aku pun kesian bagi la dia rasa ckit..
Lepas dah bagi sekali, dia nak lagi..agaknya sedap kat tekak dia kot..hehehe..aku bagi la sikit lagi..
Lepas 1 jam mcm tu la, abes merah kat kawasan mulut dia mcm kena gigit semut n nyamuk..
aku pun pelik la jugak, sebelum ni dia makan aiskrim ok je..takkan sebab makan sup ayam kot..sebelum dia makan aiskrim, papa dia ada suapkan sup ayam..
apa² pun korang tgk la gambar dia ni..

Tuesday, December 13, 2011

Hukum


Adakah saya boleh menyusukan bayi selain daripada anak kandung saya?

Ya. Ini dibenarkan oleh Islam. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai ibu susuan (Thuwayba dan Halimatus-sadia). Ibu-ibu susuan tersebut dipandang tinggi oleh Allah swt sebagai pengasuh Nabi Muhammad saw ketika kecil. Walaubagaimanapun, menyusui anak orang lain akan mewujudkan pertalian saudara susuan antara keluarga ibu susuan dan anak susuan.
(Rasulullah SAW pernah disusukan oleh Thuwaybah sebelum menjadi anak susuan Halimah As-Saadiah. Sirah ini dapat diteliti daripada hadith berikut:
Maksudnya:
`Urwah bin al-Zubair menceritakan kepada ku (Az-Zuhriy), Zainab anak perempuan Abu Salamah memberitahunya, Ummu Habibah binti Abu Sufyan memberitahunya, beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kahwinilah saudara perempuanku”. Lalu Rasulullah bersabda, “Atau kamu sukakan hal itu?”. Aku berkata, “Ya, tidaklah aku bersendirian. Dan aku suka jika saudara perempuanku berkongsi yang terbaik denganku.” Rasulullah SAW bersabda, “Itu (berkahwin dengan dua adik-beradik) tidak halal bagiku”. Aku berkata, “Kami mendapat tahu bahawa engkau mahu berkahwin dengan anak Abu Salamah”. Rasulullah bersabda, “Anak Abu Salamah?”. Aku berkata, “Ya”. Rasulullah kemudian bersabda, “Sekalipun dia bukan anak kepada isteriku, ia tidak halal bagiku kerana dia anak kepada saudara sesusuanku. Thuwaybah telah menyusukanku dan Abu Salamah. Maka tidak boleh bagiku untuk berkahwin dengan anak-anak kamu dan saudara-saudara perempuan kamu”.

Tuesday, December 6, 2011

Berpeluh di petang minggu..

Assalamualaikum...

Mesti semua ckp entry baru lagi, sebenarnya entry kali ni nak cite pasal dak kecik arissa ni ha..Hari ahad petang tu aku dan en N bawak dia jalan² pegi taman dkt dengan PICC tu..kalau korang penah pegi taman tu dekat dengan empangan...seronok la, sbb banyak family santai² n bawak anak diorang main kat situ...pelancong² pun ramai singgah kat situ..
Kami memang selalu pegi situ kalau cuti hujung minggu sejak dari mengandungkan dak kecik arissa lagi...petang ahad tu kami pegi siap bawak walker dia lagi, memang dia jakun sekejap la bak kata org kampung aku kan...hehehe..memang seronok sgt tgk dia bebas pusing sana sini, sampai berpeluh la..tak macam kat rumah selalu je ada sempadan yang papa dia buat..hehehe.apa² pun jom kita layan picas dak kecik arissa...
Baru sampai taman
posing dulu
posing lagi
penat berpusing, rehat kejap
ye mama, arissa dengan papa ni..
bebas, lalaala..

nape mama, arissa kat sini
lawan dengan papa
arissa dan papa
arissa dan mama

ni video yang sempat dirakamkan..
video

Jom Heboh

Assalamualaikum...selamat pagi mommies² dan pemblogger²...

3 Disember 2011
Semalam aku on leave sebab kurang sihat..hari ni mood untuk update entry macam membuak² plak...hehehe..mcm mana dengan cuti hujung minggu korang..? Kami cuti hujung minggu hari sabtu jalan ke jom heboh kat Bukit Jalil, memang aku dah plan pun nak pegi jom heboh..awal² lagi aku dah ckp kat en. N suh bawak aku n arissa pegi sana...Masa kami sampai tu artis² dah mula nak berkemas utk rehat sebab kami sampai pukul 5, cari parking lagi..fuhh parking jgn ckp la mmg susah mau dapat..Gambar masa kat sana xbyk pun aku snap..apa² pun jom la layan sikit gambar...
saya ada angrybird

Best mama n papa bwk jalan
Arissa dan Papa
Arissa n Mama