Monday, January 24, 2011

Tips Untuk Berjimat Setiap Hari

 Bawa bekal dari rumah. Jika anda seorang yang berkerjaya, anda perlu mengubah cara anda makan dengan membawa bekal dari rumah. Ia lebih murah dan terjamin kebersihannya. Bayangkan anda kebiasaan membelanjakan sarapan pagi sebanyak RM5 dan makan tengahari sebanyak RM8. Anda mampu mengurangkan RM13 sehari anda jika anda membawa bekal dari rumah. Dalam sebulan anda mampu menyimpan sebanyak RM260 dari perbelanjaan makanan harian anda. Lihat kehebatan membawa bekal dari rumah. Dan anda juga boleh berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Tambahan berpuasa sangat baik untuk sistem percernaan kita dan juga membentuk hati yang bersih.

Duit minyak kereta. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan duit minyak dengan berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam. Penggunaan kenderaan awam mampu menjimat duit minyak, pencemaran alam dan bayaran parking. Andai anda tidak selesa menaiki kenderaan awam, anda boleh berjalan kaki jika tempat kerja anda dekat. Jadikan ia sebagai langkah anda untuk sihat sebab berjalan kaki mampu membakar kalori dalam badan sambil berjimat.

Keluar makan di luar. Anda perlu kurang membeli atau makan di luar. Kalau mahukan pun biarlah ia sekali dalam sebulan sebagai hadiah anda bekerja sebulan. Makan di luar sangat membazir kerana makanan yang dimakan dan minyak kereta untuk ke tempat makan. Anda juga perlu memasak lauk yang banyak bagi satu2 masa. Contohnya, lauk tengahari boleh lagi dipanaskan untuk makan pada waktu malam. Jangan membazir dengan makanan yang mewah. Anda perlu berjimat.

Penggunaan bil telefon. Anda perlu mengurangkan penggunaan telefon dan paling bagus anda menggunakan kad prabayar sebagai langkah penjimatan. Ini kerana anda hanya bayar nilai yang anda gunakan dan yang telah anda tetapkan. Dari situ, anda pasti mencuba untuk mengurangkan penggunaan telefon dan hanya untuk keperluan sahaja.

Batalkan semua langganan tv berbayar dan majalah2. Jika anda seorang yang suka membaca majalah hiburan. Anda perlu berhenti melanggannya kerana hiburan tidak memberi apa2 faedah untuk anda. Lainlah langgan yang memberi manfaat seperti membolehkan anda menjana wang sampingan. Tv berbayar pula, anda hanya langgan pada bahagian rancangan yang paling anda minati dan mempunyai masa untuk menontonnya. Jika ia langsung anda tidak sentuh malah menonton, anda perlulah menghentikan langgan tersebut.


Tips Berjimat Nabi Yusuff
Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa,  kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih.  Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil. 

No comments:

Post a Comment