Baru-baru nie cuti wilayah n cuti raya cina balik kampung mentua n kampung sendiri, saya dapat petua supaya mudah melahirkan cahaya mata. Pertama dapat petua dari mak encik suami, mak cakap masa mandi bila kita basahkan rambut, amik rambut yang basah tu n isap sikit air rambut tadi dan niat serta selawat ke atas Nabi. Seelok-eloknya, masa kandungan dah masuk 7 bulan dah mula buat. InsyaAllah mudah kita bersalin.
Kedua, saya dapat petua dari mak sedara saya kat kampung. Dia cakap selepas solat, amalkan membaca doa Nabi Yunus a.s.
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”
Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”
Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.
p/s: Amalkan la selagi belum besalin ye..InsyaAllah jika diizinkan ALLAH, mudah kita bersalin.
No comments:
Post a Comment