Monday, May 28, 2012

"Satu Hari, Aku Perlu Ingatkan Arissa Tentang Ini"




Buat Anakku Arissa Husnina,

arissa tahu tak yang mama terlalu sayang pada arissa
setiap detik masa berputar mama akan rasa rindu pada arissa walaupun mama tahu setiap hari mama akan dapat jumpa arissa.
mama minta maaf sayang sebab terpaksa tinggalkan arissa di dalam jagaan orang lain buat seketika waktu,
mama hanya meninggalkan arissa buat seketika untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh mama sayang.
Untuk pengetahuan arissa, perkara pertama yang mama akan buat bila sampai je di rumah, mama akan menyusukan arissa dulu sehingga arissa betul-betul kenyang sambil berborak dengan arissa dan barulah mama akan teruskan dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri di dapur..
Arissa,maafkan mama kerana susu yang mama bekalkan di rumah pengasuh sebenarnya tak cukup untuk arissa..
Mama dah cuba sedaya upaya mama untuk pam dengan harapan stok susu untuk arissa cukup..tapi mama tak mampu nak buat apa-apa..rezeki untuk arissa hanya setakat itu setiap hari..
Tapi mama tahu arissa anak yang baik..bila berada di rumah pengasuh arissa tak akan mintak susu sekerap yang arissa mintak di rumah bila berada bersama mama...

Satu hari nanti bila arissa sudah pandai membaca, ingatlah yang mama sayangkan arissa..mama halalkan setiap air susu yang mengalir dalam tubuh arissa...Janjilah pada mama yang arissa akan jadi penyelamat mama di kubur nanti andai malaikat sedang memalu dan memukul jasad mama nanti...
Jadi anak soleh ye sayang..:)

2 comments: