Assalamualaikum..
Inilah buah hati aku dan suami...
10 Mac 2011 jam 1.34 petang hari Khamis lahirlah puteri sulung yang dikendong selama 10 bulan 1 hari..
Dilahirkan di Hospital Putrajaya..Berat lahir 3.38kg..
Dilahirkan secara caesar kerana komplikasi yang tak dapat nak di elakkan..
Lahirnya arissa husnina terus membawa perubahan dalam hidup aku dan suami...syukur Alhamdulillah...
Arissa ni kalau korang nak tahu dia seorang yang manja dan sangat peramah orangnya..macam mama dia jugak la..bila di tanya dia anak siapa, dia akan jawab "papa". Kesian kat mama dia kan...tapi dia memang manja dengan papa dia sebab papa dia tak garang..mama dia je yang garang..bila nak susu je dia akan manja dengan mama dia..hehehe
Sekarang ni, sejak umur dia dah nak masuk 1 tahun 3 bulan, peramahnya makin bertambah..tapi yang peliknya dengan aku n papa dia je..bila dengan orang yang dia jarang jumpa mesti macam budak pendiam..
Sebenarnya aku nak cerita kat korang semua yang arissa dah makin banyak benda yang dia cakap...aku syukur sangat..antara perkataan yang dia sebut dengan jelas, MAMA, PAPA,TAK NAK, NAK, TAK ADE, ADIK, ABAH, JOM, dan DAH..
Perkataan yang msih kurang jelas, AMBAR (GAMBAR), NGOK (TENGOK), PAI (SAMPAI)...
Yang buat aku seronok tu bila kita bagi dia sesuatu arahan dia akan paham dan akan buat...
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku seorang anak yang pandai dan bijak ..Syukur Alhamdulillah..
Kata terakhir : Maaf la kalau siapa yang baca entry ni akan rasa meluat sebab aku puji dan cerita kisah anak aku kat korang semua...
Tiada sedikit pun niat untuk bermegah-megah dan bangga dengan semua ini..
TAMAT...
No comments:
Post a Comment