Monday, May 18, 2015

Lawatan Arissa ke Zoo Negara

Assalamualaikum...

Yeay...Khamis dah pun...esok dah Jumaat...tak sabar tunggu weekend..masa untuk anak-anak dan suami...
Semalam taska Arissa ada lawatan ke Zoo Negara...lawatan ni hanya untuk kanak-kanak 4 tahun je...Arissa mesti la terlibatkan...sebenarnya lawatan ni tak wajib pun...terpulang pada parent nak bagi join anak-anak ke tak...

Cikgu bagi taklimat dulu sebelum bertolak pergi...arissa memang excited bila cakap nak pergi zoo...dah tak sabar tunggu hari esok...

Ok anak-anak dah beratur untuk keluar nak pergi ke bas...

Anak-anak semua dah selamat sampai di zoo negara...

Masa untuk bergambar...arissa maintain dengan peace...hehehe..



lepas tengok show burung...semua anak-anak di bawa melawat panda pulak...

Arissa balik cerita pasal panda jela...sebab dia suka kot...

Arissa balik cerita panda ni tido je mama...hahaha...kelakar la kakak ni...agaknya frust kot..nak tengok panda tu jalan-jalan...tapi tak pulak...

Balik dari zoo cikgu-cikgu bawak semua makan kat kfc...suka semua...masing-masing sampai taska semuanya muka kepenatan...sian tengok...tapi puas hati la..sehari suntuk jalan-jalan ke zoo..

No comments:

Post a Comment