Assalamualaikum....
Apa itu Pneumococcal?
Mungkin tak semua tahu tentang vaksin ni..vaksin ni hanya boleh di dapati di klinik-klinik swasta sahaja.
Kenapa klinik kesihatan kerajaan tak supply..? Sebabnya suntikan pneumococcal ni terlalu mahal..vaksin ni pada aku memang sangat2 penting...dan sekarang baru aku tahu..Alhamdulillah...Arrian dah pun diberi suntikan ni minggu lepas...memandangkan Arrian pernah masuk wad disebabkan jangkitan kuman di paru-paru..mesti yang nak tahu jugak berapa harga untuk suntikan ni kan..aku amik suntikan ni di Klinik Maria Alamanda..aku dah biasa dapatkan rawatan anak-anak kat situ sebab Dr.Maria ni bagus dan sangat friendly. Ok harga 1 dos RM 260.00 sahaja. Arrian ada lagi 2 dos yang kena amik.
Jom cerita sikit pasal vaksin Pneumococcal.
Penyakit Pneumococcal telah menjadi penyebab kepada 1.6 juta kematian yang dianggarkan setiap tahun di seluruh dunia, terutama sekali di kalangan bayi dan golongan telah lanjut usia. Pneumonia adalah penyebab kematian nombor 2 tertinggi di Malaysia.
Apakah Penyakit Pneumococcal?
Penyakit Penumococcal adalah jangkitan yang berpunca daripada bakteria Pneumococcal, antaranya :
- Meningitis (jangkitan terhadap cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang)
- Pneumonia (jangkitan terhadap paru-paru)
- Bacteremia (bakteria di dalam saluran darah)
- Otitis Media (jangkitan terhadap telinga tengah)
Apakah Simptomnya:
- Demam
- Kesejukan
- Sakit Dada
- Peningkatan Kadar Denyutan Jantung
- Batuk
- Lemah
- Berasa Loya
- Sesak Nafas
(Bakteria penyebab penyakit pneumococcal kini semakin sukar untuk dirawat.)
Bagaimana Penyakit Pneumococcal Tersebar?
Bakteria penyebab Penyakit Pneumococcal boleh tersebar secara terus daripada individu lain, termasuklah batuk dan bersin, malah oleh individu yang kelihatan sihat.
Siapa Yang Berisiko?
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti Penyakit Pneumococcal. Namun, sesetengah golongan mempunyai risiko yang lebih untuk dijangkiti Penyakit Pneumococcal.
- Bayi dan kanak-kanak berusia kurang daripada 59 bulan
- Semua golongan dewasa berusia 65 tahun dan ke atas
- Pesakit dengan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, sakit paru-paru, penyakit sel sabit, diabetes, ketagihan alkohol dan sirosis
- Pesakit dengan penyakit atau keadaan yang mengurangkan daya tahan tubuh kepada jangkitan, seperti penyakit Hodgkin, limfoma atau leukemia, kegagalan buah pinggang, mieloma berbilang, sindrom nephrotic, jangkitan HIV atau AIDS, kerosakan limpa, atau ketiadaan limpa, pemindahan organ
- Pesakit yang mengambil ubat atau rawatan yang mengurangkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, seperti steroid jangka panjang, ubat kanser, terapi radiasi
- Perokok atau pesakit asma
- Penghuni kediaman kejururawatan atau fasiliti perubatan penyakit kronik. Keupayaan menentang jangkitan berkurangan apabila kita semakin lanjut usia. Bagi kanak-kanak pula, sistem imunisasi yang masih belum sempurna menyebabkan mereka berhadapan risiko jangkitan.
Cara Mencegah Penyakit Pneumococcal?
Menerima vaksin adalah cara yang terbaik untuk mencegah Penyakit Pneumococcal.
Jadi, dapatkan lah suntikan ini dari seawal usia anak anda 2 bulan.
Thanks for reading this info.
No comments:
Post a Comment