Thursday, September 12, 2013

Supplement, susu dan makanan tambahan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah berkat kesabaran, doa dan ikhtiar aku dan suami selama ini akhirnya Allah makbulkan jua doa kami...terima kasih Ya Allah...

Dah 6 minggu pun kandungan dalam perut ni...

Oklah jom nak kongsi sikit pasal produk dan makanan yang aku ambil sepanjang mengandung ni...
B-Complex with Folic Asid

Anmum Materna
Wanita Mengandung mesti minum 2 gelas susu Anmum Materna sehari because Anmum Materna provides 100% daily folate requirement dan pastinya ia diuji secara klinikal ;) untuk readers yang tak tahu, folate sangat penting untuk pembesaran bayi dalam kandungan..

aku pendekkan lah yer bagi senang korang nak paham.

Gangliosides dan DHA
Penting untuk ibu mengambil makanan/minuman yang mengandungi 2 benda tersebut kerana otak bayi mula berkembang seawal usia 27 hari. Gangliosides membantu sel-sel otak untuk berhubung di antara satu sama lain.. semakin banyak sel berhubung itu akan membantu perkembangan otak bayi.. senang cerita, ko tanak ke anak ko bijak? 

Calcium
membantu untuk membentuk tulang yang kuat.

Iron
diperlukan untuk membentuk tisu bagi bayi dan juga placenta ibu. Melancarkan oxygen disalurkan dengan sempurna kepada bayi.

Kurma
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kismis
Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

Bermula la morning sickness yang lebih awal berbanding mengandungkan Arissa dulu...

No comments:

Post a Comment