Friday, September 13, 2013

Krunchy Karamel Almond

Assalamualaikum....

Korang mesti pernah makan cookies ni kan...
Yang mana tak pernah makan tu cuba la...memang sedap..tak rugi tau..
Bak kata org, sekali cuba pasti nak lagi...sodap ooo...
Harganya agak mahal jugak la...RM25 1 bekas dalam 300gram macam tula..
Tapi aku memang suka sangat²...
Sekarang ni menjadi kegemaran papa arissa...kudap² di rumah...


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Oklah, selamat mencuba ye...

No comments:

Post a Comment