Tuesday, September 17, 2013

Sharing for Pregnant Mommy

Assalamualaikum....

Short entry for today...nak share dengan semua para ibu yang nak beri para suami faham keadaan mereka di awal kehamilan..mana yang di anggap isteri sangat manja dan mengada ketika awal kehamilan oleh para suami..Ye lah di awal kehamilan ni lah tahap kesabaran para suami di uji..so meh sama-sama kita share yer..

Buat papa Arissa, terima kasih kerana  memahami isterimu ini...syg papa...

Friday, September 13, 2013

Krunchy Karamel Almond

Assalamualaikum....

Korang mesti pernah makan cookies ni kan...
Yang mana tak pernah makan tu cuba la...memang sedap..tak rugi tau..
Bak kata org, sekali cuba pasti nak lagi...sodap ooo...
Harganya agak mahal jugak la...RM25 1 bekas dalam 300gram macam tula..
Tapi aku memang suka sangat²...
Sekarang ni menjadi kegemaran papa arissa...kudap² di rumah...


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Oklah, selamat mencuba ye...

Thursday, September 12, 2013

Supplement, susu dan makanan tambahan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah berkat kesabaran, doa dan ikhtiar aku dan suami selama ini akhirnya Allah makbulkan jua doa kami...terima kasih Ya Allah...

Dah 6 minggu pun kandungan dalam perut ni...

Oklah jom nak kongsi sikit pasal produk dan makanan yang aku ambil sepanjang mengandung ni...
B-Complex with Folic Asid

Anmum Materna
Wanita Mengandung mesti minum 2 gelas susu Anmum Materna sehari because Anmum Materna provides 100% daily folate requirement dan pastinya ia diuji secara klinikal ;) untuk readers yang tak tahu, folate sangat penting untuk pembesaran bayi dalam kandungan..

aku pendekkan lah yer bagi senang korang nak paham.

Gangliosides dan DHA
Penting untuk ibu mengambil makanan/minuman yang mengandungi 2 benda tersebut kerana otak bayi mula berkembang seawal usia 27 hari. Gangliosides membantu sel-sel otak untuk berhubung di antara satu sama lain.. semakin banyak sel berhubung itu akan membantu perkembangan otak bayi.. senang cerita, ko tanak ke anak ko bijak? 

Calcium
membantu untuk membentuk tulang yang kuat.

Iron
diperlukan untuk membentuk tisu bagi bayi dan juga placenta ibu. Melancarkan oxygen disalurkan dengan sempurna kepada bayi.

Kurma
Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kismis
Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

Bermula la morning sickness yang lebih awal berbanding mengandungkan Arissa dulu...

Monday, September 9, 2013

Playgroup Class at Genius Baby On Board

Assalamualaikum...

Sabtu lepas macam biasa aktiviti aku akan bawak arissa pergi kelas playgroup GBOB kat Puchong...
Bukan apa nak bagi arissa ni seronok sikit...dia pun dah sebut teacher wati...apa lagi memang kena bawak la..


Aktiviti sabtu lepas topiknya Barangan Kegemaran Saya...

Yang bestnya kat kelas ni, salah sorang dari ibu bapa boleh join sekali...jadi tak ada la kita bosan kan..

Ok la tue je untuk hari ni...

Tuesday, September 3, 2013

Bercuti di Gold Coast Morib Resort

Assalamualaikum...

30 Ogos 2013 merupakan hari lahir papa arissa yang ke-29..sekejap je..papa dah lanjut usia la...hehehe
Aku dah plan untuk pergi morib..kononnya nak buat suprise la kan...last² tak jadi pun..papa arissa dah tau sebabnya aku suh dia mintak cuti...tak bestkan suprise tak jadi...uhuhuh

Jom layan gambar dulu...
budak excited nak terjun kolam....

kakak syok dpt naik gelonggsor ngan papa...



papa turun dulu...kakak kemudian...

best arissa ckp...tp ajak naik xmau dah..takot...


nak naik pelampong besar...mcm dah besar sgt je..



cuba teka tangan siapa kah itu...hehehe...sibuk betul..dia cakap besday dia...

tengok la..dengan tak pakai bajunya...org lain punya besday, org lain plak yang sibuk..

p/s : SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAPA ARISSA....MOGA ALLAH BERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI...AMIN...

Monday, September 2, 2013

Personalized Pillow

Assalamualaikum...

Bantal Arissa dah siap...comel kan...


aku tempah kat Kak Shiedah..akak ni kawan bos aku..Puan Zila...
suka betul tengok hasil kerja tangan kak shiedah ni..kemas je..

Nanti boleh la tempah macam² lagi kat dia..
Kalau korang berminat nak tempah boleh la berkunjung ke blog ni