Monday, October 29, 2012

Gambar

Assalamualaikum...

Sebelum teruskan blogging² ni...rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Aidiladha kepada semua...

ni gambar masa kat Lumut..belakang tu kapal TLDM

papa Arissa ni susah betul nak senyum...

baju kami sama...cantik tak? hehehe...

baju sama lagi...

papa boring sempat lagi snap sebab jem punya pasal...

aksi pertama Arissa...

aksi kedua Arissa

okey, Arissa dah maintain comel..tp papa plak buat cam tu...aduh..

kami sempat ler berposing cam ni sebab Arissa tengah main sorang2 kat belakang...hehehe

Bila jalan jauh, memang skrg ni Arissa akan duduk belakang kecuali bila dia nak susu je..

makan² kat rumah kawan papa Arissa..its girls time...

ni semua kawan² papa Arissa..yang ladies tu kawan² mama Arissa jugak...
ha, yg depan sekali yg badan comel tu la kawan papa Arissa..dia la yang buat makan² ni...depan sekali tu ofkos la Paklong Arissa...tak suka gambar ni sebab nampak gemok sgt...

Monday, October 22, 2012

Arissa Oh Arissa

Assalamualaikum...

Hari sabtu minggu lepas berjalan membazir duit lagi..hehehe..tp ikhlas..Berjalan ke mana kalau korang nak tau..ha, ke Ikea..kononya nak cari meja makan untuk arissa..tapi sampai sana cari punya cari tak ada, belikan la khemah yg comel ni untuk arissa...jom kita layan picas arissa..

Bangun pagi je terus cari permainan dan khemah dia..hehehe

masa ni dinner..Arissa memang skrg ni dia nak makan sendiri kalau kat rmh..dia tak bagi kita suapkan..sejak dah bli pinggan dan sudu baru ni lagi la..tengok la kemain lagi..tempat makan mcm org besar...

boring kat atas, Arissa angkat place mat ni kat bawah pulak sebab senang nak tgk tv..

ok, pindah balik ke tempat permainan...dah macam taska pulak..heehhe..tapi mama tak kisah janji arissa suka main...

peace..

lepak2 dalam khemah dengan che nam dan bear kecik..

Thursday, October 18, 2012

Dapat Jugak...

Assalamualaikum...

Akhirnya, yang dikenan-kenan dapat jugak...satu aku punya..satu lagi big bos kenit punya..Papa Arissa punya ada juga, tapi dapat free sebab beli 2 pasang, dapat free 1..ok la kan...

Dapat je ni terus senyum saja sepanjang jalan..Arissa pulak terus nak pakai kasut baru...hehehe...

Monday, October 15, 2012

Burger Carl's Jr

Korang pernah dengar  tak nama burger Carl's Jr..? Burger ni besar..dan memang puas makan...dulu aku pun tak pernah dengar nama burger ni..pastu masa bercinta dengan papa Arissa, dia bawak keluar jalan kat One Utama, kebetulan terpandang restoran burger ni. apa lagi terus singgah la..mula tu aku macam was gak nak makan..yela mana pernah dengar nama restoran burger ni kat tempat aku...hehehe..nampak sangat kampung mari kan..hahahaha...

Hari sabtu lepas pergi Mid Valley dapat makan lagi..tapi aku tak order sebab dah kenyang sangat..papa Arissa memang suka betul dengan burger ni..fries dia pun sedap...

Untuk yang tak pernah makan burger ni, try la..macam papa Arissa dia suka makan yang mushroom..

Mengikut Jejak

Assalamualaikum...

Bila masuk je hari Isnin mula la mood tu agak kureng sikit sebab yelakan 2 hari cuti...
Semalam, lepas sarapan pagi kat rumah aku ajak papa Arissa pegi Jusco sebab ada benda nak shopping sikit...maklum la dah lama jugak tak membeli dan belah ni..hehehe...

Tengah seronok memilih blous², Arissa pun sibuk jugak memilih..memang sah la ikut jejak mama dia yang agak hantu dan gila shopping...tapi itu kalau ada rezeki lebih dalam tangan la..kalau tak, cuci mata jela jawabnya...
ha, korang tengok la sibuk dia nak memilih seluar..

sibuk mencari hanger nak buat gantung baju yg dah try pulak...kalau korang nak tau dalam box tu ada hanger² baju yang kecik tu...merata² Arissa dok bawak..ke hulu ke hilir...dah xlarat nak marah dah...

memang lumrah anak perempuan yang ikut jejak ibunye..suka berdandan, memasak, kemas rumah dan shopping...memang aku tengok Arissa pun ada jugak ciri² ni...

Wednesday, October 10, 2012

Our Same Smile

Assalamualaikum...

Mama and Arissa have the same smile. 

Tetapi sekarang muka Arissa telah mengikut ke arah papa. Kata orang tua² bila anak perempuan mukanya sama dengan suami iaitu papa Arissa, InsyaAllah...sejuk hatinya..mudah²an la kan..

Tuesday, October 9, 2012

Sanggup ke Tak Sanggup

Assalamualaikum

Sharing dari Group Kumpulan Sokongan Ibu-ibu Menyusu:

Menggerunkan & kesian kan...


Gambar ni adalah lembu yang disuntik untuk menghasilkan byk susu. Secara semulajadi lembu menghasilkan 1 gelen setiap hari untuk anak lembu dan bukan sehingga 15 gelen untuk sarapan 30 keluarga bg menghasilkan susu utk manusia, mentega, keju ais krim dan produk tenusu yg lain. 

Buah dada lembu akan membengkak dan membesar luar dr saiz normal dan yg paling teruk dan kasihan lembu2 ini berjalan mengheret diri mereka atas tanah yang mana ia membawa bengkak, kudis serta jangkitan (nauzubillah). 

Lebih 50 antibiotik berbeza digunakan utk pastikan jangkitan dikawal. Lembu mengalami bengkak susu yg mana ia menjadi nanah. Beberapa hormon disuntik utk menggalak pengeluaran susu yg mana ia beri kesan x baik pd manusia seperti kanser payudara, prostat dan kolon.

Jadi ibu-ibu, sanggupkah kita membiarkan bayi kita seawal usia kelahirannya utk minum susu lembu begini? Fikirkan hak & keperluan bayi kita.... wallahua'lam.... 

Friday, October 5, 2012

Entry Khas Buat Allahyarhamah Mak

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari lahir arwah mak yang ke 67 tahun. Mak lahir pada 5 Okotber 1945. Mak meninggal pada 8/7/2007 tepat jam 8.02 pagi. masa tu umur aku baru 19 tahun. aku masih belajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kehilangan mak amatlah aku rasai. 
nilah mak aku..muka aku tak sama macam muka mak...

Dah 5 tahun mak meninggal, tapi aku rasa macam baru semalam je aku lambai tangan kat mak masa nak hantar mak ke rumah orang untuk baca yassin. mak dulu aktif dengan kumpulan marhaban dan yassin. kumpulan mak selalu di undang.

Aku ingat lagi sebelum mak pergi, macam² perkara dan percakapan mak yang pelik..tapi waktu tu semua orang tak perasan. 2 hari sebelum mak meniggal, mak dan kumpulan mak dijemput untuk baca yassin di rumah kawan mak. sebelum mak pergi mak sempat menjamah nasi bersama sayur kangkung dan sedikit isi durian. yang menghantar mak ke rumah orang yang buat majlis tu adalah aku. sewaktu nak hantar tu mak ada cakap tak payah la bawak air lagi..hari kan hari akhir nak baca yassin..tapi semua orang tak perasaan yang ayat akhir tu la yang memang mak akan pergi tinggalkan kami semua buat selama-lamanya...dan ketika itu la kali terakhir mak melambai tangan pada aku sehingga aku tidak sedar yang lambaian itu adalah lambaian terakhir mak..

Mak seorang wanita yang kuat semangat. mak tak pernah mengeluh penat ataupun susah walaupun mak memang di besarkan dengan keluarga yang susah. mak seorang isteri yang taat kepada suami. aku tak pernah dengar mak tinggi kan suara pada abah walaupun mak kadang2 marah dengan abah tapi mak akan diam dan akan mengalah. 

Mak meninggal disebabkan sakit jantung dan hypertension. itu mengikut kata doktor yang merawat mak ketika mak sakit di hospital taiping. mak tak pernah sakit dan masuk hospital. mak sakit hanya sekejap je. Terkilan sebab tak dapat nak jaga mak.

hari kedua mak berada di hospital dan esok paginya mak telah dijemput Allah..
Kisah mak jatuh sakit bermula ketika mak selesai membaca yassin di rumah orang. aku dapat tahu mak tiba-tiba rebah di rumah orang yang baca yassin tu pun sebab tuan rumah tu datang bagitahu yang mak pengsan tak sedarkan diri. ketika itu aku di dalam bilik air sedang mandi. kebetulan waktu itu kakak aku yang sulong ada di rumah. jadi dia pergi dulu dengan abah naik van abah. bila aku sampai tengok mak dah sedarkan diri. aku panggil mak, tapi mak tak ada respon. sehingga la air mata ni dah tak dapat nak tahan lagi. aku menangis. rumah orang yang mak baca yassin tu dekat dengan klinik kesihatan. memang terus panggil staf kat klinik tu untuk bawak katil roda untuk angkat dan bawak mak ke klinik terus. masa nurse dan pembantu perubatan kat situ buat pemeriksaan, mata mak kejap buka, kejap tutup. rupayanya pembantu perubatan bagitahu mak dah kena strok. masa tu memang dah tak boleh pikir apa dah. mak terpaksa di bawa ke hospital parit buntar sebab masa tu kat klinik tak ada doktor yang bertugas. masa kat dalam ambulan memang aku je yang ada dengan mak. aku ajar mak mengucap. aku panggil mak. tapi masih xda respon jugak. bila sampai je hospital, terus masuk emergency, doktor cek mak dan akhir sekali aku nampak doktor terpaksa pakai alat rentajan elektrik tu. sedih sangat. air mata aku tak henti-henti keluar. masa tu aku dah mintak kakak aku telefon semua ahli keluarga untuk balik. masa tengah tunggu mak diperiksa, doktor panggil waris yang ada. jadi aku pun masuk, doktor bagitahu mak kena dihantar ke hospital taiping sebab ka sana ada pakar. masa dalam perjalanan ke hospital, mak asyik nak buang je alat pernafasan tu sebab mak rimas. 
dalam perjalanan nak ke hospital tu jalan utama ke hospital taiping tu jem pulak. nasib baik ada jalan hiway. memang lagi cepat la sampai. bila sampai je mak terus di bawa untuk scan kepala. aku pun tak tahu kenapa.
bila ambulan hantar mak ke wad, wad pulak penuh. bila dah ada tempat khas untuk mak baru la semua ahli keluarga boleh masuk untuk tengok. masa tu mak memang dah tak sedar apa sebab mak dah koma. sepanjang mak berada di hospital, ramai kawan mak yang dtg. hari kedua mak di hospital, aku dapat panggilan dari kakak aku yang kedua, dia bgtahu mak dah nazak. cepat datang hospital. sampainya aku di hospital, aku lihat tubuh mak yang selama ni aku peluk dan cium sebelum tidur sudah terbalut dengan kain putih. ketika itu jugak la aku pengsan dan tidak sedarkan diri. mungkin aku terkejut. dan ketika mayat mak hendak di bawak ke bilik mayat, barulah aku tersedar. masa tu memang hanya air mata je yang bersama aku. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tau betapa remuknya hati. orang yang selama ni menjadi tunjang keluarga telah pergi meninggalkan aku buat selamanya.

Ya Allah, aku terlalu rindukan mak..itulah kali terakhir aku lihat mak senyum..sewaktu kali terakhir aku hantar mak membaca yassin.

walaupun mak dah lama tak ada, adik harap sangat mak bangga dengan anak mak yang sorang ni. 

Ya ALLAH, sebak pulak taip entry panjang panjang untuk mak ni. apapun, aku tak pernah terlepas untuk doakan mak aku tergolong dikalangan orang orang yang beriman, dah happy di sana. aku selalu percaya, mak selalu tengok aku dari jauh, dan mak happy tengok aku sekarang sebab aku dah ada keluarga bahagia dan seorang anak yang bijak dan comel. kalau mak masih ada tentu arissa akan menajdi kesayangan mak sebab arissa adalah cucu pertama dalam keluarga.

dan aku selalu percaya juga, setiap yang terjadi, ada hikmah dan sebabnya., tapi InsyaALLAH, 19 tahun dengan mak, adik akan ingat sampai adik mati.

Amin..mak, adik sayang mak sangat²..moga kita berjumpa di syurga nanti.. Al-Fatihah..

ni gambar masa aku kecik. kiri belakang tu mak..

Thursday, October 4, 2012

Teringin Sangat


Assalamualaikum....

Bila dah nak dekat bulan haji, bermula la umat Islam mengerjakan Haji...seronoknya bila tengok orang lain dah sampai ke sana..aku ni bila pun tak tahu la lagi...InsyaAllah...1 hari akan aku jejak kan juga kaki ke tanah suci Mekah...dapat pergi umrah dulu pun dah syukur sangat²...

Bukan apa, teringin juga nak ke Tanah Suci bila melihat orang ke Mekah, aduhai tetiba jer jadi emosi plak ni. Aku percaya semua orang ada impian untuk menunaikan haji ataupun umrah kan. Tetapi biarlah niat kita betul untuk mengerjakan ibadat dan bukan nak menunjuk-nunjuk dengan orang. Ada juga yang berlumba-lumba nak pergi buat haji berkali-kali, kita pun sedia maklum kuota untuk ke Mekah sangatlah terhad.


Ya Allah,
Izinkan aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah..
Teringin benar aku merasai detik-detik indah di sana seperti yang digambarkan ramai orang..

Ya Allah,
Sesungguhnya dengan izin mu aku menjejakkan kaki ke sana,
Terimalah aku sebagai tetamu Mu,
Segalanya dengan izin Mu..
Dengan rezeki Mu, InsyaAllah satu hari nanti..

Ya Allah,
Sesungguhnya hati ini teringin benar ke sana sebelum hembusan nafas yang terakhir..

Ya Allah,
Semoga Engkau mendengar rintihan ku untuk menjadi tetamu MU..

AMIINN~

Wednesday, October 3, 2012

She Growing Up

Assalamualaikum....

Hari ni agak kurang sibuk jadi sempat la blogging²...hehehe..

Jom story mory pasal Puteri aku yang semakin hari semakin membesar dan Alhamdulillah..semakin banyak bercakap...nak tunjuk sikit gambar semalam...

Masa ni Arissa tengah kusyuk tengok siaran baby tv kat astro tu...jadi tak ada masalah la bila aku nak masak kat dapur..kalau tak Arissa pun sibuk dengan masak nasi dia..

tengok la Arissa ni...macam² gaya dah...dia tak sedar pun yang mama dia sibuk nak snap gambar dia ni...
Bila Arissa semakin membesar, fahaman dia pada cerita² pun dah banyak..kalau kita tanya mesti sedikit sebanyak ada jugak jawapan dari mulut Arissa...

Dah mula program dan misi...bila Arissa dah boring tengok kartun, bermula la misi Arissa untuk menyelongkar almari besen² mama dia...aku masak, Arissa pun nak masak jugak...kalau aku tanya, kakak nak masak apa? mesti inilah jawapan dia "nasik"...hehehe...tau jugak anak mama ni kan...

Ooo...

Mulut orang tua...yang tak ada gigi...

Inilah dia pengarang jantung pisang hati mama dan papa...


Anakku Arissa Husnina

Arissa lah buah hati mama.
Kasih sayang mama pada Arissa tak terkikis oleh waktu.
Mama selalu memandang wajah Arissa yang damai ....
Ketika Arissa sedang tidur.
Mama tersenyum melihat senyum Arissa, Arissa pasti sedang bermimpi indah.

Anakku Arissa Husnina

Mama selalu merasa bahagia mendengar ceria candamu,
Mama sering merasa cemas mendengar langkah Arissa berlari, takut Arissa terjatuh.
Jantung mama berdegup mendengar isak tangis Arissa.
Mama tak ingin melihat Arissa bersedih, mama tak ingin Arissa dilanda nestapa.

Hidup memang pilihan...Jika dengan pilihan mama, Arissa merasa sepi dan merana Maka maafkanlah...Maafkan mama...Maafkan mama...

Percayalah, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita, agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang