Friday, November 4, 2011

Yang mana satu..?

Assalamualaikum...salam petang Jumaat..penghulu segala hari..

Mesti korang cakap pembuka entry panjang lebar kemain..hehehe..Jom kita ke topik yang sebenar...
Yang sebenarnya aku nak beli breastpump..tapi dok konfius brand apa yang aku nak beli..aku berminat dengan 2 brand yang berbeza...Medela n Spectra..2 brand nie harga nye mmg sangat boleh tahan la..hahaha...

Mesti korang pelik kan nape baru sekarang aku nak beli breastpump..sedangkan Arissa dah nak masuk 8 bulan pun umur dia..Ermm...Meh cni aku citer kat korang...

Sebenarnya dulu sebelum Arissa lahir, aku dah penah beli breastpump jenama pureen..brand tu harga murah..sebab pam tu pakai bateri je..aku guna tak lama pun sebab aku tahan dengan proses pengeluaran susu lambat sangat dan kuat sangat pakai bateri...Jadi aku buat keputusan untuk tidak menggunakannya lagi...wah, ayat baku plak..hahaha...

Nak di pendekkan cerita senang cakap la pam tu pun dah rosak sebab tempat letak bateri dia dah tak boleh pakai...hehehe..ganas tak aku..?

Lepas je pam tu rosak, aku tak beli pun pam baru...sebab aku rasa kaedah manual pakai tangan ni ataupun dikenali sebagai kaedah marmet ni lagi cepat n banyak susu keluar..lama jugak kan aku guna kaedah ni..? (perasan sekejap...)

Sekarang aku dah buat keputusan untuk membeli breastpump...Mulanya aku nak beli yang manual..tapi bila dah bincang dengan papa Arissa dia cakap tak payah la..beli yang elektrik terus jela...kalau beli yg manual sama macam pakai kaedah marmet gak la..betul tak..tapi yang menjadi konfius skrg breastpump yang mana korang rasa lebih ok kalau yang elektrik..?

2 brand yang aku nak beli ::

Medela - Swing Breastpump

Spectra - Dew 300 Breastpump 

1 comment:

  1. Pada pndapat eden, sblm beli tu better tnya pd org yg penah guna pam2 tu. mcm I, sbg pengguna medela sehingga stakat ni ok la jgak. Cuma bila pengeluaran susu tu mcm lmbt je masa tgh pam, ada jugak la perah guna tangan skali smbil pam, cpt skit.. Then kalau guna letrik ni lg ok la dr bateri sbb bateri cpt hbs. Kalau tgh2 pam2 pun bateri bleh hbs. Medela ni bleh guna bateri n letrik, like 2 in 1 gitu.. So, tu je la kot story eden, pnjng2 kang ekau xlarat nak baco plak kan. Utk brand spectra tu ekau tnya org yg guna brand tu la ye.. Kat bhgn dasar tu pun rasanya mmg ada insan yg guna brand spectra.. Okehhh..

    ReplyDelete