Tuesday, September 23, 2014

Check In Hospital Seri Manjung

Assalamualaikum...

Cuti sempena hari Malaysia aku bercuti kat hospital..Arrian kena warded sebab batuk dan kahak yang banyak...lepas tu paru-paru dah kena jangkitan kuman..nasib baik masih diperingkat awal...



3 hari jugak la kami berdua tinggal kat hospital...sedih tengok keadaan dia..batuk sampai merah muka-muka.
Doktor terpaksa pakaikan tiub oksigen sebab pernafasan Arrian laju..
Kami mintak refer Hospital Putrajaya tapi doktor tak benarkan sebab takut dalam perjalanan nanti berlaku kecemasan..Arrian perlukan bantuan oksigen...doktor takkan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa...

Kami buat keputusan untuk stay terus je kat hospital sana sebab membandangkan kondisi Arrian yang belum stabil..

kakak datang melawat adik...macam-macam soalan dia tanya...kesian adik kan mama..tangan adik kena cucuk..hidung ada itu la..ini la...kakak memang seorang kakak yang penyayang...sepanjang jadi kakak tak pernah lagi dia pukul atau kasar dengan adik...mudah-mudahan hubungan kakak dan adik sebagai adik beradik akan sentiasa baik dan boleh jadi sahabat walaupun berlainan jantina...

Mama kan suka selfie welfie...tiub oksigen tu sentiasa kat hidung Arrian...lepas amik nebulizer 4jam sekali terus pasang balik tiub oksigen ni...kenapa kerap amik neb..sebab kahak terlalu penuh dalam paru-paru..

Alhamdulillah...sekarang Arrian dah makin sihat cuma berak-berak masih belum henti sebab bayi tak pandai nak buang kahak jadi diorang telan...dan kahak tu keluar melalui najis..memnag 1 hari lebih 3x dia berak..

Moga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama dan sentiasa diberi kesihatan yang baik..amin..

No comments:

Post a Comment