Wednesday, February 6, 2013

Hari Pertama Arissa di Taska

Assalamualaikum..

Hari isnin 4 Februari 2013 merupakan hari pertama Arissa menjejakkan kaki ke Taska...
Setelah hampir 2 tahun tinggal dengan pengasuh a.k.a atok Arissa panggil..

Sedih jugak sebenarnya nak pisahkan Arissa dengan pengasuh sebab Arissa dah manja sangat dengan pengasuh dia...tapi disebabkan keadaan memaksa mama untuk hantar Arissa ke taska...
maafkan mama sayang...bukan niat mama untuk pisahkan Arissa dengan atok..mama nak Arissa lebih berdikari dan belajar...kat taska Arissa boleh dapat ramai kawan dan cikgu yang baik-baik...

Berbalik kepada situasi hari pertama waktu hantar Arissa ke Taska...
Hari pertama sebelum sampai ke Taska memang dia excited sangat sebab dengar nak pergi school jumpa frends dengan teacher...tapi bila dengar teacher je terus sebut nama Watie..nama teacher dia kat Genius Baby On Board...hai la Arissa syg...

Sampai je depan pintu taska memang dia terus tak nak..terus nak menangis dan pegang mama dia kuat2..sebab takut mama n papa nak tinggalkan dia...sambil dipujuk oleh cikgu kat taska..nasib baik cikgu tu baik..melayankan la sekejap karenah dia...kebetulan masa nak pegi bayar duit taska menjenguk la sekejap dia..rupanya cikgu tengah pujuk dia...menangis tersedu-sedu... sedih pulak tengok...mula la diri ni rasa bersalah tak terkata..

Waktu petang pergi ambik dia awal sikit pukul 4.30 ptg..dia keluar je dari bilik dia duduk tu, nampak je mama dia terus bergenang air mata...terus peluk mama dia..uhhuhu..mama sedih la kakak macam ni..

Pagi ni pun masih situasi yang sama..menangis lagi..tapi dah mula redhakan diri untuk ke taska...
Dan masih cikgu yang sama memujuk...

Harap Arissa cepat sesuaikan diri kat taska...mengharapkan situasi begini takkan lagi berlanjutan...
Mama sayang Arissa...
Sejuk hati bila tengok anak sekecil Arissa dah tau apa itu solat...
Ya Allah jadikanlah anakku Arissa Husnina anak yang solehah...amin...

No comments:

Post a Comment