Tuesday, February 26, 2013

Cakap Banyak

Hai.. Assalamualaikum


Umur dah nak masuk 2 tahun ni, Arissa dah makin banyak sangat bercakap, kadang-kadang tu aku ngan hubby tak terlayan...kalau nak layan pun ia kan jela apa yg dia cakap kalau tak nanti dia marah..

"Mama ni", "papa ni", "sibuk je", "ni kakak punye" antara kata-kata yang arissa selalu cakap..
Bila dah masuk kindy, banyak jugak perkara dan perkataan baru yang dia belajar..dah pandai baca doa makan, walaupun tak habis penuh, tapi kami paham..bismillah, Alhamdulillah, Allahhuakbar antara perkataan yang Arissa selalu amalkan.. Yang paling suka bila dia cakap alah, mama ni..siap mimik muka lagi dia buat..

Pagi-pagi aku ngan Arissa akan ke pejabat naik bas sebab papa arissa masuk keja awal, jadi kami berdua naik bas la..masa nak tunggu bas sampai, Arissa akan tanya "mama, mane bas ni", dia jawab, dia tanya, pastu dia yang jawab balik..."alah, bas dah hilang" ..bila dengar je moto ke , kereta ke lalu bunyi kuat, dia akan cakap "kejut kakak" maksudnya terkejut kakak..hehehe...mmg tak terlayan..dia jugak akan sibuk untuk tahan bas...

Tapi, bila dah masuk kindy, ada jugak perkataan yang aku dan hubby tak suka, kami pun tak pasti la dia dengar kat kindy ke, dari orang besar ke ataupun aku dan hubby pernah bercakap dengan kawan dia dengar..."kau buat ape kau?", "ni kakak punye", "kan kau punye", masa kal pertama dia sebut memang rasa nak cubit je...mana pulak la arissa ni belajar...tapi aku tegut dia, cakap arissa mana boleh cakap macam tu, tak baik la..Allah marah..pastu dia akan ok dan paham...

Satu lagi dia memang suka dipuji dan suka memuji diri dia sendiri...hahaha...comel je bila dengar dia puji diri dia sendiri...ayatnya, "pandai kakak" pastu dia akan tepuk tangan...

Oklah, nanti sambung lagi celoteh pasal dak kenit ni..Arissa ni ramah..ok bai..

Wednesday, February 20, 2013

We Are Muslim

Assalamualaikum...

Kenapa tajuk entry hari ni we are muslim? Mesti korang pelik kan...
Ha, kalau korang nak tahu itu salah 1 tajuk lagu yang di ajar di dalam kelas playgroup Arissa di Genius Baby On Board...suka sangat dengar lagu ni...
Teacher Arissa akan mainkan lagu ni waktu playgroup dah nak habis...

Ni liriknya...

LOVE ALLAH
I love my mother dearly.
I love my father, too.
Qur’an tells us quite clearly
That this we all must do.

But more than mother, father,
Our kin and all the rest,
We all should love Muhammad
And love Allah the best!

Semua anak-anak Syurga yang join kelas ni suka lagu ni...kadang-kadang kat rumah pun aku akan nyayi lagu ni untuk Arissa sebab dia suka..

Friday, February 15, 2013

Mandi Manda

Assalamualaikum..

Macam mana dengan cuti raya cina korang, mesti seronok kan...yela masing-masing balik kampung.
Aku pergi Pahang meminang untuk adik ipar aku..bakal isteri dai orang Felda Keratong, Pahang.
Selepas pergi meminang terus ke Jerantut rumah pacik suami..Kami bertolak balik ke Putrajaya hari Isnin..
Sempat la singgah mandi air terjun kat hiway karak tu..nama tempatnya aku lupa plak..tapi best la..

Arissa dengan uwo

maksu mai arissa..

mereka yang suka bergambar

arissa dan pak ude

peace yo..

Friday, February 8, 2013

Talapia 3 Rasa

Assalamualaikum...

Mood petang ni nak update menu dan resepi malam tadi...

Talapia Masak 3 Rasa


Bahan-bahan :

Ikan Talapia 1 ekor
Serbuk knoor pasti sedap
Tepung jagung
5 biji Cili padi (potong kecik)
Bawang besar 1 biji (potong dadu)
Bawang putih 2 biji (ketuk)
Sedikit halia (potong nipis halus)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam
Gula
Tomato (potong dadu)
Nenas (ayu tak letak sebab tak ada)
Minyak untuk menggoreng dan menumis kuah

Cara-cara :
1. Lumurkan ikan dengan knoor pasti sedap sehingga rata pada ikan termasuk bahagian dalam juga.
2. Kemudian lumurkan ikan dengan tepung jangung sampai rata juga..maaf ye bahasa malas..hehehe
3. Panaskan minyak...minyak tu kena betul-betul panas...biar sampai ikan tenggelam dalam minyak..
4. Dah masak toskan minyak letak tepi.
5. Untuk kuah, tumiskan halia, bawang putih dan cili padi bersama hingga agak layu. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Masukkan tomato dan bawang, kemudian masukkan sedikit air, garam dan gula.
7. Biarkan mendidih seketika..kemudian tutup api. Boleh la disiram di atas ikan tadi.
8. Sedia untuk dihidang bersama nasi yang panas...

Selamat mencuba...:)

Wednesday, February 6, 2013

Hari Pertama Arissa di Taska

Assalamualaikum..

Hari isnin 4 Februari 2013 merupakan hari pertama Arissa menjejakkan kaki ke Taska...
Setelah hampir 2 tahun tinggal dengan pengasuh a.k.a atok Arissa panggil..

Sedih jugak sebenarnya nak pisahkan Arissa dengan pengasuh sebab Arissa dah manja sangat dengan pengasuh dia...tapi disebabkan keadaan memaksa mama untuk hantar Arissa ke taska...
maafkan mama sayang...bukan niat mama untuk pisahkan Arissa dengan atok..mama nak Arissa lebih berdikari dan belajar...kat taska Arissa boleh dapat ramai kawan dan cikgu yang baik-baik...

Berbalik kepada situasi hari pertama waktu hantar Arissa ke Taska...
Hari pertama sebelum sampai ke Taska memang dia excited sangat sebab dengar nak pergi school jumpa frends dengan teacher...tapi bila dengar teacher je terus sebut nama Watie..nama teacher dia kat Genius Baby On Board...hai la Arissa syg...

Sampai je depan pintu taska memang dia terus tak nak..terus nak menangis dan pegang mama dia kuat2..sebab takut mama n papa nak tinggalkan dia...sambil dipujuk oleh cikgu kat taska..nasib baik cikgu tu baik..melayankan la sekejap karenah dia...kebetulan masa nak pegi bayar duit taska menjenguk la sekejap dia..rupanya cikgu tengah pujuk dia...menangis tersedu-sedu... sedih pulak tengok...mula la diri ni rasa bersalah tak terkata..

Waktu petang pergi ambik dia awal sikit pukul 4.30 ptg..dia keluar je dari bilik dia duduk tu, nampak je mama dia terus bergenang air mata...terus peluk mama dia..uhhuhu..mama sedih la kakak macam ni..

Pagi ni pun masih situasi yang sama..menangis lagi..tapi dah mula redhakan diri untuk ke taska...
Dan masih cikgu yang sama memujuk...

Harap Arissa cepat sesuaikan diri kat taska...mengharapkan situasi begini takkan lagi berlanjutan...
Mama sayang Arissa...
Sejuk hati bila tengok anak sekecil Arissa dah tau apa itu solat...
Ya Allah jadikanlah anakku Arissa Husnina anak yang solehah...amin...