Assalamualaikum...
Hai..hai...mama Arissa mula nak bercerita lagi...hehehe..
Kali ni cerita pasal kelas pertama Arissa di Genius Baby On Board...korang blh klik kat sini untuk ke link website GBOB eh...
Okey, pertama sekali masa sampai je kat GBOB memang rasa mcm segan jugak la sebab aku baru pertama kali jejak kaki ke situ..nak cari tempat pun mcm susah jugak tapi sebenarnya tak jauh pun dari putrajaya...bila dah tau tempat memang senang nak cari...
Apa reaksi Arissa bila kelas bermula? ha, reaksi Arissa mulanya macam malu2 sebab dia pelik jugak kenapa dia di bawa ke tempat macam tu..ramai kawan2, ramai mak ayah..majoriti sebaya Arissa, ada yg umur dah 2thn, 3 thn dan ada jugak yg dah umur 4 tahun..tapi dalam sesi kelas tu, Arissa la yang paling bongsu...
Bila kelas mula je, teacher Watie suruh semua kanak2 duduk dan termasuklah ibu2 yang join sekali...apa yang teacher Watie buat adalah, sebelum mula kelas, dia akan ajar pelajar baca surah AL-Fatihah...lepas tu baru bermula kelas...dalam kelas teacher Watie, limit kanak2 hanya 10 orang untuk 1 kelas...sebab teacher Watie ckp kalau terlalu ramai, dia takot susah nak fokus pada sorang2....tapi memang aku dan papa Arissa sgt berpuas hati cara pembelajaran dia...
jom kita tengok gambar yang sempat papa Arissa snap...
Arissa di panggil ke hadapan untuk ambil bunga kuning yg ada pada tangan Arissa tu..bila teacher panggil je dia, laju je dia pergi..tanpa rasa takut...memang nampak Arissa suka kelas ni dan teruja sgt..
Aktiviti pertama...teacher watie ajar kanak2 sebelum mintak sesuatu barang perlu sebut "Please"
Arissa mula2 malu nak cakap...tapi berani ke hadapan...mama tap perlu teman pun...seronok tengok bila Arissa memberi respon yang baik..bila teacher watie tanya benda yang Arissa pegang warna apa? Arissa senyap..tapi bila teacher Watie sebut "Yellow" Arissa pun follow..hehehe...
Aktiviti pertama ni Arissa dan kanak2 lain di ajar supaya berani tampil ke hadapan seorang diri tanpa perlu di temani ibu bapa....Antara perkataan baru yang Arissa belajar masa ni, CHEST, PLEASE, HI...
Aktiviti dalam gambar ni pulak, teacher watie ajar mengenal warna PINK...
Semua benda teacher watie bagi kanak2 ambil adalah warna pink...sangat seronok dan enjoy sepanjang berada di dalam kelas playgroup..walaupun kali pertama tapi rasa macam dah lama join...
Aktiviti ni pulak, teacher ajar membaca sambil menyanyi dengan kanak2...memang best la GBOB ni...next week akan ke ke sana lagi... Tengok la Arissa tu,teruja sgt dengar cerita dari teacher watie...memang Arissa langsung tak takot...bila dia tampil ke hadapan, dan semua orang tepuk tgn untuk dia, dia jadi malu...terus berlari ke aku...hehehe...
Memang sepajang kelas kita tak boring, malahan bapa2 yang datang bersama pun seronok tengok...teacher watie ajar jelas dan kanak2 cepat belajar...Arissa jugak di ajar macam mana nak selesaikan masalah...
Cuma, mcm Arissa teacher cakap, mungkin sebab Arissa anak sulong, apa yang dia nak pasti akan dapat..jadi sikap sabar dan kongsi agak lambat sikit...tapi boleh di pupuk...InsyaAllah...Bila akhir kelas, semua di ajar baca surah An-Nas...
Oklah, celoteh mcm lama sangat la pulak..maklumla, Arissa keluar dengan papa pergi hantar kawan paksu dkt ktm kajang...jadi sempat la nak celoteh sikit kat sini...sebenarnya banyak lagi aktiviti yang Arissa buat..tapi kalau nak cerita kat sini memang tak habis la..keseluruhan pembelajaran adalah di dalam bahasa inggeris..nnt jumpa kita cerita lah ye..
Ok bai...
No comments:
Post a Comment