Wednesday, April 18, 2012

Khasiat Susu Ibu

Assalamualaikum....

Pagi nie aku nak kongsi cerita dengan semua betapa sangat bagusnya susu ibu kepada anak-anak kita...

Susu ibu ni mempunyai khasiat yang lengkap untuk tumbesaran anak-anak berbanding dengan susu formula.  Di samping itu, ia juga baik untuk para ibu untuk membantu mencegah penyakit berbahaya seperti barah payu dara.

Susu ibu menyediakan khasiat yang seimbang untuk bayi untuk menghasilkan tubuh badan yang lebih padat, kulit yang sihat dan bayi yang cergas kerana ia mengandungi kandungan protein adiponectin yang tinggi iaitu sejenis protein yang  amat baik untuk metabolisma bayi.  Ia tidak akan membuat bayi obesiti seperti kebanyakan susu formula yang mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi.

Susu ibu juga mampu meningkatkan antibodi bayi kerana susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih kuat.  Ia akan manghasilkan bayi yang mampu mempertahankan diri dari jangkitan penyakit seperti selsema, demam dan juga serangan virus.

Perisa dah khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari.  Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi anda. Kalau makan durian, rasa durian la susu kita...hehehe...

Kajian mendapati bahawa bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi akan lebih mudah untuk menguasai bahasa.  Ia mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak.  Khasiat susu ibu dipercayai mampu mengatasi masalah anak yang lambat bercakap dan pelat.  Sebaik-baiknya susu ibu diberikan secara ekslusif selama tujuh bulan agar si manja dapat bercakap dengan lancar seawal dia berumur dua tahun

Susu ibu dapat meningkatkan daya tumpuan anak-anak kerana susu ibu mempunyai kandungan DHA yang tinggi.  DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak.  Oleh itu para ibu ditekankan untuk mendapatkan diet yang tinggi kandungan DHA serta mempunyai nutrien yang penting supaya dapat membekalkan DHA dan khasiat yang cukup untuk anak masing-masing menerusi penyusuan.

Kaedah penyusuan susu ibu mampu mengurangkan tekanan perasaan ibu.  Ia adalah satu kaedah yang paling mujarab untuk memberi kesan penenang kepada si ibu setelah penat bekerja seharian.

Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan si ibu dan si bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang sukar dipisahkan malah mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. 

Susu ibu adalah sentiasa segar kerana ia diberi terus daripada ibu kepada anak.  Disamping itu ia juga mampu menjimatkan belanja jika dibandingkan kos yang terpaksa ditanggung jika bayi diberikan susu formula yang mana ia menelan belanja sebanyak ratusan ringgit setiap bulan.

Proses penysuan susu ibu juga mampu mempercepatkan proses pelangsingan badan ibu kepada bentuk asal.  Ia adalah satu jalan mudah jika dibandingkan dengan usaha dan cara rawatan lain.  Ia mampu mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin sekaligus membantu menganbalikan badan seperti asal.

Oleh itu adalah amat rugi jika para ibu yang mampu menyusukan bayi tidak melakukannya secara ekslusif sekurang-kurangnya selama tujuh bulan.

Syukur Alhamdulillah kerana aku masih lagi diberi susu yang banyak untuk diberikan kepada Arissa sehingga sekarang...dan memang betul susu ibu mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak kita..pecaya la..

2 comments:

  1. saya suka bab pelangsingan badan tu.. hehehe.. dengan harapan la kan... hahahaha

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah puan...kuat semangat...jom kita bersama-sama...:)

    ReplyDelete