Friday, March 30, 2012

Tak Suka Gosok Gigi

Assalamualaikum...


Inilah dia buah hati pengarang jantung pisang aku...Arissa Husnina...Inilah anak tunggal aku buat masa ni ye Arissa Husnina..Nak tambah lagi..? tunggulah Arissa dah umur 3thn..InsyaAllah...kalau Allah berikan rezeki lagi..


Gigi Arissa dah tumbuh 6 batang dah..dalam proses nak tumbuh lagi 1 batang kat bahagian bawah...bahagian atas dah tumbuh 4 batang...tapi satu je tabiat dia, tak suka gosok gigi..kalau aku nak gosok je masa mandi, mesti cepat-cepat dia tutup mulut dan menangis macam budak kena dera...macam mana nak buat ye? ada tak  mama² kat luar sana yang berpengalaman handle anak yang tak suka gosok gigi ni..?


Arissa masih aku gunaka berus gigi getah ni lagi sebab gigi dia belum tumbuh byk lagi..tapi nanti aku nak cuba jugak berus kan gigi dia guna berus gigi 1 tahun ke atas tu..

kalau ada sapa2 yang boleh bantu saya tlg ye..:(

Suka bau mulut arissa bila dia bangun tidur..masam..hehehe...

Thursday, March 29, 2012

Chantek...!


Sangat cantek la ini orang...dulu aku n family memang  peminat setia la..sampaikan konsert le tour hotlink masa tahun 2004 pun aku n kakak² aku pegi..best tau siap dapat duduk depan stage lagi..hehehe..
Tapi syg..sekarang aku dah tak minat dia sangat sebab janji dia nak pakai tudung penuh lepas balik Haji tak ditunaikan dengan betul...apa2 pun memang dia cantek la..comell..!

Dah Kena Gantung

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi dah mengadap blog kan...nampak sangat memang tak sibuk kan..hehehe
Mesti korang tertanya-tanya bila tengok tajuk entry ni kan..yang sebenarnya dah kena gantung tu tv kat rumah..
Sebabnya kalau korang nak tau dak kecik arissa dah pandai tutup dan buka tv....Yang buat aku geram kat dia tu, lepas dia tutup je tv mesti dia tepuk tangan dan berlari sambil gelak..eii..geram rasa nak cium je kuat-kuat..hehehe...


Kesian tv, dah digantung...
Sori arissa syg, mama n papa terpaksa buat macam ni...nanti bila arissa dah besar mama akan mintak papa turunkan balik tv tu ye syg...

Wednesday, March 21, 2012

Jimat Belanja Dapur

Assalamualaikum...

Oke, sebenarnya cerita ni sabtu minggu lepas punya..hehehe..Baru nak post untuk korang..
Sabtu minggu lepas kat sekolah berdekatan dengan Presint 18 R8 ada buat hari keluarga. anjuran ahli parlimen Putrajaya...papa arissa pukul 7 lepas solat subuh lagi dah pegi sebab nak dapatkan no cabutan bertuah..betuah la sgt kan..apa pun xdpt..no xbetuah pun..hahaha...Tapi rezeki yang aku paling seronok sebab kupon yg papa arissa amik masa hari keluarga tu, kami dapat barang-barang dapur..best sgt sebab barang tu banyak dan memang boleh jimat belanja dapur la untuk 1 bulan...korang nak tau apa yang kami dapat..meh sini aku listkan untuk korang tengok oke..sebelum tu nak bagitahu yang gambar beras lupa nak snap..

  • Beras Faiza 5kg
  • Gula 4kg
  • Tepung 3kg
  • Susu F&N 3 tin
  • Minyak Cap Alif 2kg (1Botol)
  • Milo 1.1kg
  • Biskut 1 tin
  • Teh BOH besar 1
Untungkan..ha, kalau korang nak tau semua yang pegi majoriti dapat sama macam aku dapat..
Syukur Alhamdulillah..jimat duit belanja dapur..Terima kasih Datuk Parlimen Putrajaya..

Tuesday, March 20, 2012

Susu Oh Susu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.hari ni umur Arissa dah pun 1 tahun 10 hari. syukur kerana Arissa di berikan kesihatan yang baik.
Dan Alhamdulillah, hingga hari ni aku masih menyusukan Arissa sepenuhnya..Seronok sangat bila dapat menyusukan Arissa sepenuhnya dengan tanpa perlu bantuan susu formula lagi...dulu masa stok susu tak cukup, penah la aku belikan arissa susu formula, tapi dia xminum pun..aku pun seronok dan bersyukur sangat sebab arissa masih nak minum lagi susu mama dia..hehehe..
Sekarang ni, jadual waktu mengepam aku adalah waktu pagi dan petang..Pagi pukul 11 bermula la sesi pertama mengepam..dapat la dalam 6oz ke 8oz..kadang2 tu penah dapat sampai 11oz..bestkan..
Sesi petang pulak, pukul 4.30..dapat la dalam 5oz ke 6oz..kadang2 tu tak sempat aku balik pam kat rumah je..nasib baik la arissa tak ganggu..mama tau arissa anak yang baik dan bijak..ceh puji anak sendiri pulak..

Aku mengharapkan perjalanan aku menyusukan arissa sepenuhnya biarlah hingga umur arissa 2 tahun..seperti zaman Nabi Muhammad S.A.W. InysaAllah...

Tuesday, March 13, 2012

10 Mac 2012, Hari Lahir Yang Pertama Arissa Husnina

..Assalamualaikum..

Anakku Arissa Husnina,

Ya Allah...sekejap betul masa berlalu..Terasa seperti baru semalam mama melahirkan kamu Arissa Husnina..
Rupa-rupanya, dah setahun pun masa itu berlalu..dan Arissa Husnina dah pun berumur 1 tahun..
Senyuman, tangisan dan riang tawa Arissa menjadi penghibur buat mama dan papa...
Mama bersyukur kerana di anugerahkan anak sepertimu Arissa Husnina...tak terungkap untuk mama katakan yang mama terlalu sayangkan dirimu Arissa Husnina
Hanya satu pesan mama dan papa, semoga Arissa Husnina menjadi anak yang solehah, bijak, taat kepada Allah dan rasul serta taat kepada mama dan papa..

SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA SAYANG...

Dah Boleh Jalan..Yeay..!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya Arissa dah boleh berjalan walaupun tak selaju mana tapi dah berani melangkah jauh.seronok sgt tengok..habis satu rumah dah dipusingnya.. seronok sangat la tu dapat kaki dah boleh jalan.heheee...makin ligatla nampaknya lepas ni dah boleh jalan tu..
alahai sayang mama arissa husnina...

Wednesday, March 7, 2012

Susah Hati

Assalamualaikum..morning mommies² out there..!

Susah hatinye bila arissa dah mula kurang menyusu, kurang minum air masak..aduss..
Bukan apa risau la sebab minggu depan 12 Mac checkup arissa untuk 1 tahun..takut nurse bising je..uwwa..
Ke sebab dia nak alih umur..ermm..ada org cakap kalau budak nak ringan kan badan or alih umur, badan diorang akan mula susut...betul ke? 
Lagi pulak masa demam bulan lps lansung dia xnak makan, bila makan je muntah blk..pastu dalam mulut plak penu dgn ulser..mmg xnak la kan..cuma lepas demam makan dia selera balik..Alhamdulillah..
Tapi, arissa ni selera makan dia Alhamdulillah la..xda la plak dia xnak makan..bagi la apa pun, semua dia makan..pengasuh dia pun ckp mcm tu..makan senang sangat..tapi minum air masak susah sangat..
Ermm..memang aku skrg ni sgt² susah hati dan susah hati...
Harap² nanti masa checkup 1 tahun berat badan dia n graf dia xmenurun la..

Ni gambar tebaru arissa..

Thursday, March 1, 2012

Habis Duit..

3rd Maternity & Children Expo 



9th March 2012 (Friday)
11:15am – 11:45amRiver Crossing Game by Discovery House
12:00pm – 12:30pmStaking Your Creativities with Pureen
12:45pm – 1:15pmMamyPoko Fastest Diapers Changing by Mum (6M – 18M)
1:30pm – 2:00pmCombi Baby Crawling Contest (9M – 18M)
2:15pm – 2:45pmProduct Showcase by Childhood Basic Marketing
3:00pm – 3:30pmMy Vision Collage by Discovery House
3:45pm – 4:15pm“Successful Breastfeeding Talk Show” (in Chinese) by Certified Lactation Counselor courtesy of Mom’s Little Ones & Dynas Nursing Attire
4:30pm – 5:00pmShower Me With Your Love by BabyOrganix
5:15pm – 5:45pmHealthy & Fun Cooking by Family Choice
6:30pm – 7:00pmDay 1 Lucky Draw
10th March 2012 (Saturday)
11:00am – 11:30amCombi Baby On Walker (12M – 24M)
11:45am – 12:15pmProduct Showcase by Childhood Basic Marketing
12:30pm – 1:00pmSuper Shopping Bebe!!!
1:15pm – 1:45pmFun Activities with Pureen
2:00pm – 4:30pmPertandingan Pakaian Beragam Si Kembar Pa&Ma
4:45pm – 5:15pmStemcell Banking Experience with Guest Celebrity by CryoCord
5:30pm – 6:00pmMamyPoko Fastest Diapers Changing by Dad (6M – 18M)
6:00pm – 6:30pmTower Game Challenge by Discovery House
7:00pm – 7:30pmDay 2 Lucky Draw

11th March 2012 (Sunday)
11:00am – 11:30pmRescue Mr Bear by Discovery House
11:45am – 12:15pmCombi Baby Crawling Contest (9M – 18M)
12:30pm – 1:00pmFun Activities with Pureen
1:15pm – 1:45pmMamyPoko Fastest Diapers Changing by Mum & Dad (6M – 18M)
2:00pm – 2:30pmProduct Showcase by Childhood Basic Marketing
2:45pm – 3:15pmStemcell Banking Experience with Guest Celebrity by CryoCord
3:30pm – 4:00pm“Successful Breastfeeding Talk Show” (in Eng/ BM) by Int Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) courtesy of Susuibu.com & Dynas Nursing Attire
4:15pm – 4:45pmBaby Wearing Contest by Mom’s Little Ones & Malaysian Baby Wearers
5:00pm – 5:30pmI Am a Super Hero by Discovery House
6:00pm – 7:00pmWinner Annoucement of “Pertandingan Fotogenik Si Manja Pa&Ma”
7:30pm – 8:30pmGrand Lucky Draw