Tuesday, January 31, 2012

Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum...selamat pagi Malaysia..(cewah)

Mood pagi seronok sebab esok cuti...hehehe

Oklah, berbalik kepada topik yang sebenar...
Semalam, dinner punya menu aku buat ayam goreng berempah...cubaan pertama yang agak memberansangkan jugak la sebab rasa dan bau tu dah tepat, cuma papa arissa cakap kurang rempah...
It's ok, itukan percubaan pertama aku...sekurang-kurangnya aku mencuba...betul x..
Resepi ni dirujuk dari blog Resepi Raidah
Selamat mencuba...!




Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**

5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:


1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing. 

3 comments:

  1. Nanti farra nak try buat la resepi ni.. Ayu nak try buat ayam coke tak? Tp manis skit la.. xtau la suka ke tak.. dan enak diratah begitu saja la..
    *Peminat setia ayam..*

    ReplyDelete
  2. Aksum pn ayu.. Sodap ke ayam berempah tu, nnti bleh masak utk mamalisa ni, hehe.. Tp kan, knp ayam tu nmpk mcm hangus jek.. Cnfrm rasa pahit skit kan, huhuhu..

    ReplyDelete
  3. farra : yeke..blh gak..nnt share resepi eh...

    mamalisa : sorry to say sorry to say (ayat cite kat astro) eh, blh je..nnt kita buatkan utk awk ye..tp dgn 1 syarat awak kena dtg ofis dulu..

    ReplyDelete