Tuesday, October 13, 2015

SET KECANTIKAN ARTISARI (BEE VENOM)

Assalamualaikum....

Hari ni nak kongsi sikit rasa dan rahsia kecantikan produk kecantikan Artisari keluaran bumiputera dan yang paling penting halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ye...

Mesti ramai yang nak tahu apa itu BEE VENOM..?
Ramai yang tak tahu khasiat BEE VENOM ni....BEE VENOM ni bermaksud BISA LEBAH...
BEE VENOM (BISA LEBAH) yang mendapat gelaran sebagai "BOTOKS TANPA SUNTIKAN/NATURAL BOTOX" ini berfungsi untuk memperbaiki peredaran darah pada muka, membantu imun badan serta menjadikan kulit seakan tertipu dengan adanya kesan MELITTAN dari cecair yang dikeluarkan oleh lebah itu lalu memberikan tindak balas serta merta dalam membantu pengaliran darah, merangsang dan meningkatkan pertumbuhan collagen untuk menguatkan itus dan elastin adalah protein yang membantu kulit supaya kekal dalam keadaan yang baik sepenuhnya sehingga menampakkan hasil seperti kulit menjadi tegang, pengecilan pori, pengurangan garis-garis halus dan kedutan pada kulit, memulihkan sel-sel kulit yang rosak, mengurangkan kesan parut, memulihkan kulit dari jerawat dan jeragat supaya wajah sentiasa kelihatan muda, segar, anjal dan berseri-seri....
#
#
#
ROYAL JELLY pula mengandungi agent kolagen yang berkesan untuk perangsangan Anit Stress, serta kaya dengan sumber protein dan vitamin, disamping itu ia juga mampu mengelakkan kulit dari mudah terbakar, berfungsi sebagai anti penuaan yang mengandungi 17 amino asid, vitamin B dan mineral...

jom kita review sikit produk...

Set Kecantikan Artisari

STEP 1 : Pembersih Muka (Memulih dan Memelihara)
* Menghilangkan kotoran
* Mengimbangkan minyak
* Menghilangkan jerawat

STEP 2 : Toner (Intensif Pencerahan)
* Mencerahkan kulit
* Anti-Stress
* Menyegarkan kulit

STEP 3 : Krim Siang (Perlindungan Sinar UV)
* Mampu membaikpulih kulit
* Anti-Jeragat
* Anti-Oksida

STEP 4 : Krim Malam (Intensif Anti-Penuaan)
* Mengurangkan kedutan
* Kulit menjadi cerah dan sekata
* Menganjalkan kulit

Set Kecantikan harga mampu milik...
Hanya RM 180.00 satu set..

Berminat boleh contact saya ye seperti di bawah : 
  •   Address : Presint 9, Putrajaya
  •   Tel : 012-5135064 (sms/whatsapp)
  •   Instagram : @artisari_putrajaya

Ayu
Ajen Sah Artisari Putrajaya

Thursday, October 8, 2015

Jalan-Jalan Ioi City Putrajaya

Assalamualaikum....salam hari kamis semua....esok dah jumaat yeay...!!

Sabtu lepas bawak anak-anak jenjalan ioi city putrajaya...sebanarnya nak cari baju winter untuk arrian sebab arrian punya belum beli lagi...pegi kat winter time dah takada yang aku nak tu...kecewa betul...
Saiz arrian ni memang susah jumpa...lepas tu budak kedai winter time tu suh pegi tengok kat mothercare...Alhamdulillah....ada warna yang aku nak tu...nasib baik harga lagi murah dari winter time tu...jimat duit...

bila dah penat berjalan...tekak teringin pulak nak cuba eskrem magnum yang famous kat ioi ni...


ni papa AA yang order...cake with icecream...kek sedap..icecream biasa je...baik beli kat luar je kot...lagi berbaloi-baloi...

papa AA yang suka selfie pulak sekarang...mama n kakak dah tak sangat pong...hahaha...
papa bawak depa pegi tengok air pancut kat luar...selagi tak p tengok..tak senang duduk...


sejak dah besar ni...arissa ngan arrian ni boleh la jadi kawan...kakak pandai memujuk adik...bila adik kena marah dengan mama or papa...kakak la jadi tempat adik mengadu...kakak la yang memujuk...mama harap kalian bila besar nanti boleh jadi sahabat baik yang boleh berkongsi masalah..suka dan duka...


tengok la nak main picit-picit bahu pulak dia dengan kakak...setakat ni Alhamdulillah....kakak boleh la lagi beralah dengan adik...cuma kalau dia mood tak baik...tetap takkan kongsi sama...

Oklah...tu je...takda apa dah nak cerita kat korang...nanti kita update cerita baru lagi ye...

Till then tata....

Wednesday, October 7, 2015

Jalan-jalan Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum....hai korang....

Weekend last week bawak anak-anak jenjalan...tetiba teringin pulak nak naik bukit tinggi sebab tengok ramai yang ke sana...macam best je...apap-apa pun cakap banyak takmau..jom layan gambar...

Sebelum ke Colmar Tropicale makan dulu...bawak makanan dari rumah..masak spageti,sosej n nugget je...pastu goreng ayam crispy sikit...kami berkelah kat parking kereta...hahaha....sempoikan....duit pun boleh jimat....picnic jugak la ni...







tengok angsa...


Lepas jalan-jalan kat colmar tu kami singgah mini zoo..menghala ke laluan balik...seronok jugak la sebab boleh pegang binatang...

budak penakut...hahaha...beria menangis...panggil je cat...tapi takot....memang jinak betul...



kakak request nak naik kuda...padahal bukan kuda pun...tapi okla..dapat lepas gian dia nak riding...


pantang nampak buaian...nak naik aje...

arnab kat sini semua jinak-jinak..tapi aku geli...hahaha...arrian ingat kucing...sibuk nak kejar..tapi bila arnab datang dekat lari...hahaha...

Apa-apa pun family is number one...tak rugi luangkan masa untuk family...
Tu jela kot cite pasal weekend kami...see u on the nezt story....tata...

Tuesday, October 6, 2015

Patah tulang bahu

Assalamualaikum....

Dah hampir sebulan arrian jatuh katil...hari ni baru nak update cerita...

Awal bulan september haritu aku kena jadi urus setia untuk kursus di Avillion Admiral Cove, PD. Nak dijadikan cerita, waktu nak checkout...tengah aku n usben sibuk2 nak kemas n siap-siap untuk balik...dengar arrian jatuh katil...kepala berdentum kemain kuat...ingatkan kepala jela...rupanya bila pegang tangan dia kat bahu...dia tak bagi usik...sakit..."akit" dia cakap...aku dah rasa tak sedap hati...bila papa dia pegang menangis...terus cepat-cepat bawak ke emergency hospital PD sebab tu je yang paling dekat....

Tunggu nombor giliran panggil punya la lama...adui..naik kembatu dah...bila nama dah panggil n masuk bilik doktor..doktor suruh pegi xray...bila pegi xray result doktor cakap tak patah ...jadi kat situ dah lega...
doktor pakaikan jugak anduh tangan...sebab nak bagi dia duduk diam...cuma aku still tak sedap hati sebab apa motif doktor pakaikan anduh tu kalau betul bahu dia tak patah...betul tak..?

Esok nya patut kena refer dengan pakar tulang hospital PD...disebabkan sistem yang agak slow..kami buat keputusan..tak payah tunggu untuk esok...terus balik n pegi hospital putrajaya je esoknya...

ni malam balik dari PD..aku ajak jugak pegi mlm tu..sebab nak puaskan hati..tapi disebabkan ramai...balik..esok baru pegi balik...

Pagi-pagi tu terus ke hospital putrajaya...jumpa doktor then macam biasa la doktor mintak pegi buat xray...
masuk balik jumpa doktor..doktor tunggu bahu arrian retak...memang dah agak pun...memang tak puas hati betul dengan hospital PD...serius..tak suggestkan untuk korang...better ke swasta je kalau no choice...

muka pasrah sebab kena pakai anduh....sebenarnya memang dia ok je..cuma tangan kiri dia tak bape aktif je...dan dia jalan pun senget kan bahu kiri sikit...bila tanya doktor, doktor cakap dia nak selesakan sakit dia tu...budak ni bila dia rasa sakit...dia akan diam..bila dia tak sakit...dia akan aktif....tapi arrian ni tak macam orang retak bahu...nak memanjat merata....

Cuma aku sebagai mak perasaan risau dan susah hati...sebab anak kecik lagi kan...tak sangka tragedi macam ni akan berlaku kat anak aku...lepas ni akan lebih berjaga-jaga dan berhati-hati...