Monday, April 28, 2014

Breastpump Spectra M1

Assalamualaikum...

Eh ada lagi mak buyong ni...hahaha..blh tanya pulak kan...
Alhamdulillah...masih lagi di ofis..belum masanya lagi baby nak keluar...hehehe

Sabtu lepas papa Arissa ajak pergi beli breastpump...Mulanya pergi survey2 harga dulu....
Pergi Lunatots Presint 15, harga boleh tahan la..aku survey spectra M1 sebab aku rasa breastpump tu comel dan ringan senang nak bawak ke mana-mana...

Antara yang bagusnya Spectra M1 ni :

* ringan
* boleh simpan dalam bag tangan je 
* saiz yang kecil
* boleh guna bateri dan elektrik
* ada lampu
* lebih kurang macam medela freestyle 


Aku beli breastpump ni kat Fabulous Mom...
Beli pakej Jasmine RM539.00 sebab rasa lagi berbaloi dan murah...
Antara barang yang aku dapat :

  • 1 unit of Spectra M1 Breast Pump worth RM487.00
  • 3 packs of Jingle Jungle Reusable Ice Pack worth RM19.90
  • 6 bottles of Jingle Jungle PP Milk Storage Bottles worth RM19.92
  • 1 pc Jingle Junlge Jasmine Cooler Bag worth RM47.92 
  • VIP Card
  • FREE 2 pcs RM10 Fabulous Mom Shopping Voucher worth RM20.00         
TOTAL NORMAL PRICE = RM549.00TOTAL PACKAGE PRICE = RM539.00                              

Thanks papa sebab hadiahkan mama breastpump ni...love u.. 

Monday, April 14, 2014

Persiapan Menjelang Kelahiran Anak Ke-2

Assalamualaikum...

Hari ni kandungan dah masuk 37 minggu...semakin hampir tarikh kelahiran adik arissa...jantinanya pulak taknak mengharap apa-apa sebab yang tentukan hanya Allah...semua tu kerja Allah...yang penting keadaan bayi sihat, cukup sihat fizikalnya dan semuanya selamat...

Semalam ajak papa Arissa ke Shah Alam sebab nak cari tilam kekabu untuk adik arissa..memang dah plan nak belikan baby baru tilam kekabu...kebetulan hari cuti sabtu lepas hubby pun ada buat keja ukur...
Alhamdulillah ada la rezeki lebih sikit...terus semalam papa arissa ajak pergi beli...

Set tilam kekabu baby dari Little DJE
Nursing Pillow pun dari Little DJE jugak...yang ni tak bajet pun nak beli..disebabkan papa arissa offer..apa lagikan..grab terus la..hehhe..thanks papa untuk semua ni...

Beli 2 barang ni dapat free gift tungku bayi harga rm12...memang sangat puas hati dengan jahitan produk dari Little DJE ni...berbaloi sangat...

Bag baby pun memang dah sentiasa ada dalam kereta...yela menunggu hari jekan...tapi memang mengharapkan yang adik arissa akan lahir pada tarikh yang ditetapkan...tak payah nak mintak cuti raya..
Sebab ikut pengiraan aku, kalau aku ambik cuti 3 bulan pastu aku besalin 5 mei memang akan dapat cuti raya terus...hehehe...harap-harap macam tula..kita hanya merancang Allah yang menetukan segalanya...
Hanya berdoa jela...

Kawan-kawan Doakan saya moga dipermudahkan segalanya ye...

Friday, April 11, 2014

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya

Assalamualaikum....

Salam Jumaat yang penuh barakah dan mulia...

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

subhanallah..lihatlah betapa mulia darjat seorang Ibu menurut Allah...buat saya terpikir..layakkah saya..cukup baikkah saya sebagai Ibu selama ni...cukup teluskah pengorbanan saya...cukup kayakah kasih sayang yg tercurah buat Arissa...hanya Allah saje yg berhak mengadili...

kepada Ibu2 yg telah mensia2kan zuriat sendiri..betapa ruginya kerana telah meletakkan diri di sehina2 kedudukan walhal Allah dah memuliakan darjat kita setinggi2nya...astaghfirullah...

: Sumber Google :

Monday, April 7, 2014

Majlis Persandingan Ande & Yaya

Majlis persandingan Ande & Yaya berlangsung di rumah Yaya...tengok pada majlis nampak meriah jugak cuma mungkin tetamu yang hadir tidak berapa ramai....




Budak yang sangat sibuk...mengalahkan pengantin..

Arissa ni kalau bergambar memang perkara dia paling suka...

Sejak pak ude nya nak kawin ni..rapat pulak dia..tengok la siap pegang tangan lagi...

3 beradik yang aku kira sangat rapat...

sesi bergambar bersama ahli keluarga...
perut pun dah besar...tak lama dah baby baru nak keluar...


Selamat Pengantin Baru buat Ande dan Yaya...
Semoga berbahagian hingga ke akhir Jannah...amin..

Majlis Pernikahan Ande & Yaya di Felda Keratong, Pahang

Assalamualaikum...

4/4/2014 tarikh yang sangat cantik dan aku rasa paling bermakna buat Ande (adik ipar) dan Yaya setelah sah bergelar suami dan isteri....

Alhamdulillah majlis pernikahan diorang berjalan dengan lancar walaupun saksi sorang tu sedikit tegas...
kali ke 3 baru la lepas...

Majlis akad nikah berlangsung lepas Asar...

Sesi batalkan air sembahyang...

Budak mengamuk sebab kasut dia hilang...
Petang tu terpaksa la ke bandar nak cari kasut baru...

Malamnya ada makan-makan...sekali la dengan sesi berinai untuk ahli keluarga sebelah perempuan...
Arissa ni punya la sibuk..nak berinai jugak...