Wednesday, November 13, 2013

Rasa nak resign

Assalamualaikum....

Hari ni  mood agak kurang sikit sebab susah hati la...arissa dah 3 hari tak mau susu n makan sangat...
Aku pun tak tahu kenapa...sejak minggu lepas weekend dia tak sihat, terus dia tak mau minum susu n makan...sebagai seorang ibu tentulah kita susah hati kan...
tengok keadaan dia yang makin susut...lemah...lepas tu dia pulak selalu mengadu penat...aduii...susah hati la..

Bila keadaan macam ni, rasa terus nak letak jawatan..duduk rumah jaga anak sendiri...bagi sepenuh perhatian pada anak je...

terpaksa amik nebulizer sebab doktor cakap ruang penafasan arissa sempit...batuk tak lepas pastu doktor cakap macam ada semput sikit...

bila macam ni keadaan anak, hati ibu mana yang tak risau dan sedih...Ya Allah, lindungilah anakku Arissa Husnina...peliharalah dia dari segala kesakitan dan jauhilah

Pagi tadi lalu pergi kafe kat ofis nak hantar borang tempahan makanan untuk mesyuarat, jenguk sekejap cermin kecik bilik arissa...nampak dia tengah tengok tv dalam keadaan tengah batuk...dah la bilik tu sejuk tak ada lapik kain or tilam...sedih la tengok...

Kakak maafkan mama n papa...kalau papa n mama dah stabil nanti mama akan mintak papa carikan tempat yang lebih selesa untuk kakak ye sayang....rasa nak menangis pulak...
Doakan Arissa sihat dan chubby balik ye...