Monday, June 25, 2012

Arissa VS Afiqah

Assalamualaikum...

Pagi ni nak bercerita pasal anak dara aku dan anak kak aishah..diorang ni sebaya, cuma beza bulan lahir je..

Jumaat minggu lepas, aku dan kak aishah ni pergi pertandingan boling anjuran puspanita kkm..sementara kami ibu² ni main boling, ayah² la tolong jagakan...
Kebetulan jugak masa tu suami kak aishah, abang li main jugak dengan kawan² dia..jadi, aku mintak la papa arissa tengok²kan arissa dan afiqah...
Papa arissa cakap lawak tengok diorang gaduh...mcm budak dah besar je..yang afiqah tak bagi arissa pegang stereng keta mainan tu, arissa pun sama tak bagi juga..last² gaduh...sama² jerit...ruginya tak dapat tengok..tapi afiqah ni dia suka berkawan..arissa yang sombong...bila afiqah datang dekat dia, mesti dia pegi kat papa dia mintak dokong...anak papa la katakan....

tengok la budak dua orang ni...mula² arissa nak tunjuk pandai..pastu fiqah plak...ish²..harap besar nanti blh jadi kawan baik ye..

Monday, June 18, 2012

Rezeki EBM Hari Cuti

Assalamualaikum

Seronoknya bila hari cuti walaupun arissa menyusu, EBM aku masih banyak macam aku pam kat ofis... Yang seronoknya sekejap je cik b ni membengkak tau...agaknya aku minum susu n soya kot pagi tu...
Alhamdulillah marmet punya marmet dapat nak dekat 9oz..syukur sangat...

Friday, June 15, 2012

Arissa dan Tudungnya

"Lawa" bak kata arissa...hehehe...


Sejak dah mula suka pakai tudung ni, keluar je mesti dia pegi kat tempat gantung tudung dan tunjuk suruh aku ambik..Lagipun hari² dia tengok mama dia pakai tudung, tu yang dia pun sebok nak pakai...harap tu bila besar nanti pun nak la pakai tudung kan...InsyaAllah...

Tuesday, June 12, 2012

Nak Berdikari

Assalamualaikum...

Mesti semua dah kenyang perut kan...termasuk la aku jugak..aku lunch makan serawa durian yang aku buat malam tadi...kenyang sangat...

Oklah, jom berbalik kepada topik asal..
Kalau korang nak tahu anak dara aku arissa husnina tu dah mula nak berdikari sendiri..dah tak bagi kita buatkan untuk dia..
haih..macam orang besar...
Sejak umur dah makin membesar, semua benda dia nak buat sendiri...semalam masa aku tengah lipat kain, dia ambik seluar dalam dia, lepas tu aku tengok dia dah pakai sendiri...Ya Allah terkejut aku..walaupun dia tak pakai sampai habis tapi cara dia pakai tu memang betul...bila dia dah pakai, dia tunjuk kat aku...aku sempat la snap gambar dia semalam...

Monday, June 11, 2012

Majlis Perkahwinan Shida & Che Rahimi

Assalamualaikum...

Cuti sabtu lepas sepupu aku kawin...sepupu aku pengantin perempuan...dia memang rapat sangat dengan aku.
Bila tengok dia dah kawin macam tak percaya je..yela dulu zaman sekolah bila cuti sekolah je mesti abah aku pergi ambik dia kat Teluk Intan...dia pun suka datang rumah aku...

Ok la, jom kita layan gambar kahwin dia..
Cantikkan dia..

Pasangan yang sangat sepadan..


Arissa yang manja dengan mak ngah dia..


Budak kecik ni jadi model pak ngah dia...

kami..

anak mama..hehehe...

arissa dan sepupu dia..qaseh..

Budak sebok

Thursday, June 7, 2012

Kisah Cuti Semalam

Assalamualaikum...

Semalam aku cuti kecemasan sebab kaki arissa terseliuh..
Aku pun tak tahu macam mana kaki dia boleh terseliuh...

Ceritanya yang boleh tahu kaki arissa terseliuh, petang masa aku pergi ambik dia kat rumah pengasuh dia, aku tengok dia jalan datang kat aku kaki dia nampak lain..macam mana ye aku nak cakap..tapi memang nampak lain la dari selalu..
Bila aku tanya pengasuh dia, pengasuh dia cakap memang dia perasan arissa bangun je tidur dia jalan terus macam tu..dia ingatkan kaki arissa terkena selumbar..

Bila papa arissa balik terus dia tengok kaki, dia belek2 kaki arissa..dia tengok kat belakang lutut arissa bengkak..terus kami buat keputusan bawak pegi hospital...sampai je hospital, dekat 1 jam lebih jugak la kami tunggu..baru nama arissa di panggil..arissa dapat kertas hijau..kertas hijau ni tak kritikal...
Sampai je dalam jumpa doktor, doktor tengok2 dia jalan memang lain..doktor suruh bawak pergi x-ray untuk tengok takut2 tulang dia lari atau sebab lain...
Bila keputusan x-ray dah keluar nama arissa pun dipanggil semula..tapi kali ni terus masuk ke zon semi kritikal..aku dah takut sebab tadi bilik biasa je kan..rupanya doktor lain nak bagitahu keputusan sebenar...
Doktor kat dalam tu cakap tengok kaki arissa bengkak di kawasan lutut..mungkin arissa terseliuh dan urat dalam dia bengkak sebab tu jalan macam tu...
Selesai kat hospital tu dalam pukul 9 lebih jugak la..tapi aku sangat puas hati sebab doktor kali ni memang baik dan dia jelaskan pada aku dan papa arissa pasal kaki arissa sangat jelas...
Cuti semalam sebab doktor mintak aku pantau kaki arissa takut bengkak atau biru..kalau tengok keadaan dia tak aktif dan tak boleh jalan, doktor mintak cepat2 bawak ke hospital balik...

Tapi aku tengok arissa ni dia aktif macam kaki dia tak sakit..bila kita tanya kat mana sakit, dia tunjuk kat lutut sakit..nasib baik dia paham apa yang aku dan papa dia tanya...
Aku harap moga tak ada apa2 la dengan kaki dia..kesian tengok dia jalan macam tu..Semalam dia memang tak nak jalan sangat..agaknya memang sakit kan..
Apa-apa pun aku mengharapkan agar kaki dia cepat sembuh dan jalan seperti biasa semula..Amin...

Video yang sempat aku rakam...

Monday, June 4, 2012

Meriah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Hari ni rezeki susu untuk arissa meriah..seronok sangat..terima kasih pada Anmum Lacta..hehehe..sempat lagi nak promo..
Padahal kebetulan jekan...Tapi memang kalau aku minum susu anmum lacta ni, Alhamdulillah, susu aku memang akan meriah...
Pagi ni aku pam dapat 10oz...selalunya mesti 5oz ke 7oz je..gembira tak terkata..
Petua untuk ibu menyusu, orang cakap kalau tengah pam, kita tengok gambar anak kita mesti susu kita akan meriah...aku cuba, memang betul pun..
Syukur sesangat... :)