Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...salam petang ramadhan...
Sebenarnya, aku just nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kat korang semua je..hehehe,
Ampun dan maaf dipinta ye..;)

p.s: balik kampung tu memandu la dengan berhati² dan ingatlah orang yang tersayang sedang menanti di kampung...

Arissa Alergi Biskut

Assalamualaikum..sekali lagi dalam waktu yang sama..

Cerita nie freshy lagi tau..ceritanya macam nie, petang tadi lps amik arissa dari rumah pengasuh dia, aku pun baringkan dia kt atas tilam macam biasa...pastu aku tetiba teringin nak bagi dia rasa biskut rusk sebab aku tanya kawan2 ramai yg ckp dh boleh try bagi sebab umur arissa dah nak menjangkau 6bln. so dengan penuh excitednnya, aku pun rendamkan la biskut rusk tadi dengan air susu, then aku wat cair2 supaya arissa boleh hadam. yela takkan aku nak wat mcm bubur budak besar makan kot...tepat pukul 6 petang, aku suapkan dia. Pada mula tu dia xberapa suka. Mungkin dia rasa pelik kan...tapi lama kelamaan, dia suka n nak lagi..aku pun suapkan la macam biasa. Kebetulan masa time makan tu dia dah ngantuk, so lepas makan terus dia tetido, tak sangka pulak la yang biskut tu xsesuai ngan dia..mana taknya, selang beberapa jam sebelum kami bebuka puasa je terus nampak perubahan pada kulit n badan dia..mula tu papa dia perasan yang dia dok tergaru² n gosok² muka pastu papa dia ckp "eh syg mata arissa nie naik ketumbit ke?" pastu aku ckp "tak da la, tadi elok je". aku pun terfikir tadi masa nak letakkan arissa kt tilam ada nampak semut merah yg kecik tu kat area ctu, tapi aku dh clearkan sebelum letak dia. papa arissa ckp lagi "nyamuk kot", aku ckp " ada nyamuk ke rumah kita nie?", pastu papa arissa ckp "ada la, abg pun penah kena gigit". pastu aku tgk makin teruk je muka arissa ni, sampaikan telinga dia membengkak teruk sgt..muka n kepala jgn ckp la abes merah n berbiji2..mmg kalau korang tgk kesian la..apa lagi aku pun xsenang duduk la ingatkan dia panas, terus bwk dia pegi mandi n sapukan dia lotion...pastu aku tgk still sama je, telinga makin tebal n bengkak, bdn pun dh merah...terus en suami ajak g emergency..sampai je sana, terus nurse lelaki ambil detail n bwk masuk dalam zon semi kritikal...masuk je kat dalam semua nurse ckp kesiannya, merah muka dia..memang semua depa suspek alergi..doc pun ckp mcm tu, then doc ckp kt nurse kita masukkan hydrocort...so, terpkasa la tangan arissa kena cucuk untuk masukkan jarum sebab nak masukkan ubat..arissa pun dengan penuh marahnya kt nurse, menjerit kesakitan n kemarahan yg tak terkata...selesai je nurse masukkan ubat, arissa di tempatkan di wad sementara kat dalam emergency tu gak, sebab doc nak pantau dia takot penafasan dia terganggu. aku dgr mcm tu terus aku risau n tanya nurse. nurse ckp mmg baby alergi nie , penafasan dia mungkin akan terganggu. sejam jugak la arissa kt situ sebab doc nak tgk perubahan keadaan dia...tepat pukul 9malam doc dtg tgk dia dah okew n dah pun boleh balik..aku sempat la gak amik gambar dia kt dalam emergency tadi...

sakit tgk tgn dia mcm tu

masa nie muka arissa dah kurang bengkak

tangan berjarum sempat lagi nak main
Alhamdulillah..nasib baik anak mama arissa husnina ni kuat semangat..lepas je doc n nurse masukkan ubat, dia terus berhenti nangis. Sampai je kat atas katil wad sementara tu, dia ajak aku n jiran sebelah dia borak pulak..aish.la arissa..apa2 pun, lega rasanya bila tgk dia dh ok..

Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Di D'Lanai

Assalamualaikum...selamat malam...

Malam nie mesti ramai yang dah rehat dari buat kuih raya kan...ermm..xkesah la yang penting aku punya story nie lagi best..ha, semalam ofis aku ada wat plan la utk berbuka puasa kat luar ngan keluarga masing2..so, bincang punya bincang akhirnya D'Lanai Restoran menjadi destinasi berbuka kami semua...makan kat situ blh tahan la, cuma tak ada yang special jela...ha, satu lagi tempat makan kat situ agak sempit jugak la..apa2 pun korang tgk la sendiri gambar eh..








rasanya setakat nie jela kot yg dpt aku update pasal buka puasa semalam..hehehe..


Tuesday, August 23, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum...selamat pagi Ramadhan.
Semalam aku cuti, hari ni nak story la ckit kt korang semua pasal eczima pada kulit arissa tu. ALhamdulillah, eczima kat muka dan leher dia dah kembali pulih. Mungkin berkat kesabaran dan doa yang tak henti² dari seorang mama untuk anaknya kan..Apa² pun aku bersyukur sangat...Terima kasih Ya Allah..Ermm, mesti korang nak tengok muka terbaru arissa yang dah ok kan..ha, ni la dia..




Sebenarnya tu jela yang aku nak story...hehehe..cau dulu...



Thursday, August 18, 2011

Anak Saya & Eczima.

Assalamualaikum.
Tak boleh tulis "salam' je..nanti hantu kom-kom cari. hehehe...


Arissa sekarang ada masalah kulit. Doktor ckp dia ada eczima. Eczima nie dari keturunan. Kalau keluarga ada asthma ke, resdung ke mmg berisiko sikit la nak dpt..arissa jadi kat kawasan muka, leher n celah siku. Masa dalam pantang dulu aku ingatkan ruam panas sebab budak² kan selalu kena ruam panas. Tapi rupanya masalah kulit dia berlanjutan sampai sekrang. Sekarang umur dia dah masuk 5 bulan. Kulit dia masih bermasalah. Penah sekali time papa dia tak ada, muka dia jadi teruk sgt smp tergaru². Sedih aku tgk keadaan dia. Nak tido pun tak selesa..kalau time dia menyusu, mesti tangan dia dok tergaru² kepala n kawasan telinga dia. Aku tak sampai hati tgk n terus ajak papa dia bawak pegi klinik pakar kulit kat AnNur kat Bangi. Mula tu kulit dia nampak macam sama gak. Aku sampai tension la. Tapi aku dah bertekad pada diri yang aku tak akan putus asa untuk cari penawar untuk hilangkan masalah kulit arissa. Sekarang ni arissa maintain pkai losyen Physiogell. Losyen ni doktor kt annur yg suggestkan..doktor tu bagi sample dulu, dia ckp kalau ok baru beli. then try kat arissa mcm sesuai ngan dia..tapi agak mahal jugak la..tapi itu tak penting bagi aku, yg penting arissa chat. Ramai jugak la kawan² n org yang aku tanya pasal eczima ni..depa pun byk suggestkan klinik..tp aku baru try yg Annur tu jela..kat bawah nie gambar arissa masa kena kt bahagian muka teruk. kemerah-merahan..tapi sekarang Alhamdulillah la sejak maintain pakai losyen tu ok..Rupanya baru aku tau eczima ni kena sentiasa pakaikan pelembab..
masa ni jadi kat kawasan mata

ni la losyen yang arissa pakai 
Ni mandian yang arissa pakai 

Wednesday, August 17, 2011

Kasih Alia

Salam petang ramadhan...hai semua..sebenarnya tak ada benda pun nak cerita, tapi aku nak jugak share ngan korang semua..blh x..kalau xboleh pun, kena kasi boleh jugak..heheheh...korang semua follow x slot akasia Kasih Alia kt tv3 tu..aku follow..pada padangan aku drama tu best...Kasih alia ni mula bersiaran pada 1 ogos 2011 pada jam 7 malam setiap hari isnin hingga khamis. Drama kasih alia yang akan ditayangkan sebanyak 26 episod tersebut berjaya menarik ramai penonton pada tayangan episod pertama drama tersebut. Berikut adalah sinopsis kasih alia drama tv3.


Sinopsis Kasih Alia
Mengisahkan tentang keluarga iaitu Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.
Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.
Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.
Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.
Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.
Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.
Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.
Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?

Tuesday, August 16, 2011

Hidangan Berbuka vs Arissa

Salam..selamat malam..hehehe..malam2 mcm nie baru nak update entry kan..apa la...apa2 pun jom dengar cerita aku dulu, ha sblm tu mest korang tertanya-tanya kan, kenapa tajuk entry ni siap ada vs plak.... ha, sbnrnya aku nak story mory la kat korang suma, kisah pertama pasal hidangan berbuka puasa aku dan en suami petang tadi...menunya so simple dimple je...ikan masak lemak cili api, ayam goreng dan sayur campur bebola ikan. Kisah keduanya plak si arissa time kami berbuka, kalau dia tak tido, aktiviti dia antara dua je, kalau tak tengok tv, dia mest nak duduk dalam stroller utk teman aku dan en suami makan....arissa skrg nie mmg dah lasak...korang tgk la sendiri kt bawah ni mcm mana karenah dia bila kt dalam stroller time kami tgh bebuka...ya Allah, tak duduk diam...mcm beluncas.

Hidangan Berbuka : 

Ikan Selar Masak Lemak Cili Api
Sayur Campur + Bebola Ikan



Arissa :


Aksi Pertama kaki di atas

Aksi Kedua kaki dah turun sikit

Aksi Ketiga kaki dah jatuh ke bawah...