Wednesday, March 9, 2011

.drama.tv.best.

Pelakon drama Begitulah Cinta ni ialah Nazim Othman, Ainul Ashah, Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, dan Ramona Zamzam.

Kisah ni diilhamkan dari Ibu Mertuaku (filem P Ramlee), cuma yang beza sebelah pihak lelaki yang kaya, Nazim Othman yang jadi anak orang kaya, dia jatuh cinta dengan rakan sekolej yang miskin bernama Riana... Ibu Nazril (Nazim Othman) lakonan Aida Khalida ni tak suka orang miskin... macam Antara Dua Darjat la pulak cuma kali ini yang kurang beradanya pihak perempuan...
Dalam drama ni ada kisah tentang gejala sosial dan keruntuhan moral, iaitu kisah pelajar kolej yang jadi GRO atau pelacur kelas atasan untuk mendapatkan wang tambahan dan hidup mewah... cereka ini mengetengahkan bahawa kita kena percaya kepada Qada' dan Qadar (in a way)... yang mana ramai orang yang lupa akan benda-benda seperti ini, yang sangat dipentingkan kini adalah darjat... but they themselves lupa darjat di sisi Allah yang paling penting...

~40 minggu~

Salam suma...hari nie genap la kandungan saya 40minggu...Ikutkan hari nie sepatutnya bayi pertama saya dan suami sudahpun lahir ke dunia dan berada dalam dakapan saya dan juga suami...tapi semalam dah mula rasa sakit sampai dah tak tahan sgt. mlm td jugak pegi jumpa doktor, tp masih belum ada bukaan lagi...agak sedih jugak la bila dengar doktor ckp belum ada bukaan lagi la puan..tapi xpa, itu suma dugaan mengandungkan anak pertama. coz ada yang cakap anak pertama nie kadang² lambat..mungkin bayi kami nak lahir pada 12 mac 2011...nak tau x apa yang ada pada tarikh nie, ha kalo korang suma nak tau 12 mac 2011 adalah ulangtahun pernikahan saya dan suami...apa² pun yang saya harapkan agar semuanya selamat...Amin...
Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, plasenta akan mengambil alih dan memberi signal bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya. Ia tidak mengetahui bahawa sesaat lagi ia akan meninggalkan “rumah”nya untuk melewati proses terbesar dalam kehidupannya aitu KELAHIRAN! Walaupun proses ini menyakitkan bagi si ibu dan si bayi tetapi melalui hal inilah…

Tuesday, March 8, 2011

.farewell.cik.intan.

Ha, ni plak gambar² yang sempat di snap.
Yang Diraikan

.farewell.cik.intan.

Hai suma, hari nie hupdet blog lagi coz ada gamb yang terkini sebelum saya disahkan bergelar ibu. Hari ni ofis wat makan² utk cik intan. Ha, ni la antara menu² yang bos² n member² saya bawak dan masak sendiri. sumanya sedap².
Menu
Keropok Lekor Pn. Marina
Makaroni Cheese Pn. Shela
Kotiaw Goreng Sosej Cik Yana
Nasi Lemak Pn. Hajar
Tiramisu Pn. Zila
Koktail Buah-buahan Pn. Ayu
Ayam Goreng bersama Chicken Finger Cik Pujie
Red Velvet Cupcakes Pn. Nazian

.baby.lisa.masuk.ofis.

Nama saya Nur Lisa Ariana
Auntie Zila wif Lisa
Auntie Shela, Auntie Nazian and Lisa
Auntie Hajar, Auntie Shela, Auntie Yana, Auntie Pujie and Lisa
Auntie Ayu, Auntie Hajar and Lisa
Auntie Ayu, Mama Lisa and Lisa

.hari.wanita.sedunia.

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.
Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.
Dan dikesempatan ini khas buat mak mentua saya, selamat hari wanita mak!!!

"Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali keempat barulah kaum adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata [Syurga dibawah telapak kaki ibu]. Selain itu title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa wanita atau ibu, siapalah kita."

Thursday, March 3, 2011

.lalalala.

hai suma, sebenarnya xda benda pun saya nak story hr nie just nak hilangkan kebosanan jerk sementara nak tunggu masa cukup pukul 5ptg..hari nie cuaca cam mendung semcam je..bdan pun dah mula rasa cam lain jer..xkan dh nak deliver kot..tp kalo mlm nie dh deliver Alhamdulillah...kalo la hari² dapat dengar lagu jer time buat keja mcm baby nie dengar kan best...

Wednesday, March 2, 2011

.39 weeks.already.

Tup..tap..tup..tap...hari nie usia kandungan saya dh pun msuk 39 minggu..wahhhh!!! nk dekat dh dengan tarikh bersalin, lagi 1 minggu jerk. Kini perasaan takut, risau,resah,x sabar sumanya bercampur baur bila mengingat saat menanti kelahiran cahaya mataku yg pertama ini. Risau..maklum lah, baru pengalaman pertama kan.. Pelbagai pandangan org ramai yg saya dgr tentang bersalin normal nih..mmg sume yg mereka perkatakan sama je.Insyallah, harap² la leh normal & doa²kan lah semoga saya & ank yg bakal saya lahir kan selamat semuanyer.. Apapun saya x kisah...klu ditakdirkan mmg pengalaman pertama nih saya ceaser saya terima, klu normal pun saya terima...yg penting saya & ank saya selamat.
Cerita pasal keteringinan ni plak...makin last² nk bersalin ni makin macam² plak aku nk mkn..nk itu lerrr,nk ini lerr..heheeh. yang paling suka plak tu coklat Cadbury dan air F&N strawberry tu. Nih baby yg ngada² ke, mama baby yg saje ngada²..huhuhu..x kisah ler, asalkan jgn teringin yg bukan² udah...jenuh plak hubby saya nk cari. Tapi nasib baik la ada en hubby yang sanggup berkorban apa sahaja wat isteri tercinta nie..hehehee…ermm kalo korang suma nak tau, nie la keadaan rupa baby saya skrg kt dalam perut iaitu di usia kandungan saya 39 minggu. gambar nie di ambil dari babycenter.com



.lunch.at.alamanda.

Minggu lepas time lunch hour hari jumaat, saya,pujie,k.shila dan k.yana ke alamanda untuk cari hadiah wat baby lisa, anak bos saya. Masa dalam perjalanan nak ke food court utk cari makanan, terserempak la ngan Farah AF nie...dia mmg cantik, pastu kurus lak tu.yang paling best dia mmg spoting la...apalagi time nie la nak borak lebey ckit coz dia xdtg ngan PA pun...dia mmg mesra...sebab tu boleh snap gamb ngan dia...ha, nie la gamb yang sempat di snap...;)