Friday, July 12, 2013

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum....

Kembalinya bulan yang penuh keberkatan ni, aku rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati puasa di bulan ramadhan...
Tahun ni dah 6 tahun tak dapat nak berbuka bersama bonda tercinta...masih terasa kesedapan air tangan ibu yang membuatkan aku tak jemu untuk makan....
Macam2 menu aku dan adik beradik yang lain request...mak masak memang sedap....walaupun hanya mee goreng bodo...itu arwah mak aku yang bagi nama...sedap mee kosong...maklum la..aku bukan dari keluarga yang senang...walaupun abah berniaga sendiri....hidup kami tak la mewah...makan ala kadar je...ikut mana yang mampu...

Ya Allah...

Kalau nak ditulis kat sini kenangan bersama arwah di bulan puasa...memang banyak...biar la menjadi kenangan terindah buat aku dan adik beradik yang lain...

Mak, kaulah ratu hatiku...rindu nak dengar suara mak marah anak2...mak marah kami semua tak takut pun...
Biskut raya wajib yang mak akan buat tiap2 tahun ofkos la biskut semperet, mazolla, putu kacang n agar kering...tetiba teringin nak makan mazolla mak buat...

Ya Allah ampunkanlah dosa makku..tempatkanlah dia bersama-sama orang yang beriman...
Amin...

Tuesday, June 4, 2013

Usaha dan berdoa

Assalamualaikum...hai..

Mengharap dan terus mengharap...itulah yang aku rasa sekarang ni..Rindunya nak pregy lagi..
Bila tengok gambar arissa waktu kecik, Ya Allah rindunya...
Tula hanya usaha dan doa jela...Allah maha mengetahui segalanya...
Bila tengok orang mengandung seronoknya rasa...sian kat hubby..dia tak mengharap tapi aku tahu dia pun dah mula rasa nak baby baru..mengharapkan mengandung kali kedua nanti biarlah rezeki berpihak kepada kami..aku dan hubby nakkan ank lelaki..
Yela, kawan gaduh untuk papa pulak..kawan gaduh mama dah ada kan..

Sebenarnya period aku dah normal balik, cuma kadang awal dua hari pastu kadang lewat dua ke lima hari..
Sejak aku berhenti amik depo (ubat perancang keluarga) tahun lepas aku dah mula mengharap yang rezeki nak mengandung untuk kali kedua akan ada dalam masa yang terdekat ni...tapi tula, rezeki belum berpihak...
Aku takkan putus asa..Allah sentiasa mendengar doa hambaNya..

Moga dengan usaha dan doa kami bersama Allah akan kurniakan seorang zuriat lelaki yang beriman dan comel..doakan saya dan suami ye..


Terima kasih kerana sudi memberi masa untuk membaca..