Wednesday, September 26, 2012

Sedapnya Tapai Pulut

Assalamualaikum...Selamat Pagi semua...

Semalam, pergi pasar tani beli barang basah untuk dipenuhkan dalam peti ais...
Masa nak balik tu, singgah kat orang jual tapai..memang dah tau kat mana tapai tu ada orang jual...
Sebab aku ni memang penggemar tapai...nak pulak tapai pulut kan...

Jangan tak tau ye kawan² sekalian, tapai pulut ni ada khasiatnya jugak...
Antara khasiatnya dapat menambahkan susu badan untuk ibu² yang menyusu..itu kata nenek suami aku la..
Sebab kenapa boleh tambahkan susu ibu adalah disebabkan ragi yang diperap bersama pulut untuk dibuat tapai tu...

Tapai pulut memang lagi sedap dari tapai ubi..itu pendapat aku la..

tadaaa....ni la dia tapai yang aku beli semalam..aku beli dua bungkus..harganya murah je..rm0.80 sen je untuk 2 bungkus...

Sapa yang tak pernah makan tapai tu, cuba la..sedap wooo...hehehe...

Monday, September 24, 2012

Alhamdulillah.. susu meriah lagi..

Assalamualaikum...

Hari ni mood seronok..al maklum la kan esok dah gaji...yela, bercinta jugak la nak tunggu...mana taknya belanja raya tak ingat dunia..ok² dah, jom ke topik sebenar..banyak pulak bebelan petang² ni..

Alhamdulillah rezeki petang ni mencurah-curah...kalau nak diikutkan susah la sekali pam nak dapat 10oz kan, tapi petang ni di sebabkan mood seronok punya pasal meriah susu untuk Arissa...Syukur di atas nikmat dan rezeki yang Engaku berikan kepada anakku Ya Allha.10oz aku dapat untuk Arissa hari ni...
Terima kasih Ya Allah kerana beri kesempatan untuk menyusukan anakku sehingga hari ini...

                            pesanan untuk diri sendiri : 

* Perlu disiplinkan diri lagi untuk menambahkan lagi stok susu yang ada...
* Moga-moga sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.
* Sentiasa kuat semangat

Inilah dia manja saya yang suka sangat² minum susu mama dia...
Bila tanya kat Arissa, susu mama sedap tak kakak? 
Arissa jawab, dap..dap..(hehehe)