Thursday, February 4, 2016

Thursday ~ Random Photos

Assalamualaikum...hai korang....

Wah dah kamis la..bestnya...tak sabarnya nak tunggu cuti raya cina...boleh berehat sepuas-puas nya....
korang semua mesti balik kampung kan...
oklah..cakap banyak tak mau..jom kita layan gambar-gambar yang ada ye...

Jumaat lepas rehat lama so decide untuk pergi big bad wolf kat maeps serdang...murah-murah giler buku wei...siapa yang peminat tegar novel..memang tak rugi pegi...murah kot novel-novel kat situ...
zaman aku dah berlalu..tak sempat dah nak baca novel kot...

 Aktiviti arrian kat taska untuk kanak-kanak toddler...boleh la..dari tempat lama yang langsung takda aktiviti...hari-hari budak tengok tv jela..naik bosan kot...

Jumaat lepas kami gerak balik kuala kurau..kebetulan 1 Februari cuti Wilayah kan..jadi aku amik peluang tu la nak balik kampung...sebab kalau balik time raya cina jem wooo....
abaikan rumah yang bersepah...toto kat belakang tu sebenarnya nak hantar ke dobi...tapi tak sempat-sempat lagi...arrian bajet dah besar sangat...ada hati nak bawak basikal kakak...

seronok betul la depa bedua ni dapat naik atas troli ni...berebut...aduii la anak...


 Nak share sikit...Alhamdulillah...sejak pakai Artisari Bee Series ni...kulit dah makin elok..kurang bintik hitam jeragat...ni gambar tak edit apa-apa pun ye...krim siang +  bedak compact ja....

muka baru bangun tidur...masa ni on the way nak balik putrajaya dah..sedih rasanya bila nak tinggalkan kampung...kat kampung best...tenang je walaupun cuaca agak panas sikit...

On the way balik singgah ipoh dulu..kita pekena nasi ganja ayam merah...perghhh...memang terbaikkk la...

terkejut dapat gift ni dari cc baru...sebelum ni hanya dapat kad je dari bahagian bila time birthday...
terharu jugak....terima kasih CC Haida....

Makanan dah arrian memang tak dapat dipisahkan....hehehe...

Dapat suprise lagi...walaupun besday aku dah lama jgk...suprise ni dari buah hati adik aku...bekas cikgu taska arrian dulu...terima kasih fatin..susah-susah je...sedap sangat kek ni..kek baker cottage memang sedap pun kan...

happy arissa arrian bila fatin datang rumah...yela..ada orang yang melayan karenah diorang...mula la mengada pun datang...



cerita semalam..ni waktu tengah baik...seronok mama tengok macam ni...kalau hari-hari macam ni kan best....
takpe la..mudah-mudahan korang besar nanti boleh jadi kawan baik..sahabat yang boleh berkongsi susah senang ye...mama harap sangat macam tu...

tu jela ye untuk hari ni..nanti kita sambung cerita holiday korea plak ye...

Wednesday, January 27, 2016

ARTISARI BEE SERIES 4 IN 1

Assalamualaikum....

Hari ni nak kongsi sikit rasa dan rahsia kecantikan produk kecantikan Artisari keluaran bumiputera dan yang paling penting halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ye...

Mesti ramai yang nak tahu apa itu BEE VENOM..?
Ramai yang tak tahu khasiat BEE VENOM ni....BEE VENOM ni bermaksud BISA LEBAH...
BEE VENOM (BISA LEBAH) yang mendapat gelaran sebagai "BOTOKS TANPA SUNTIKAN/NATURAL BOTOX" ini berfungsi untuk memperbaiki peredaran darah pada muka, membantu imun badan serta menjadikan kulit seakan tertipu dengan adanya kesan MELITTAN dari cecair yang dikeluarkan oleh lebah itu lalu memberikan tindak balas serta merta dalam membantu pengaliran darah, merangsang dan meningkatkan pertumbuhan collagen untuk menguatkan itus dan elastin adalah protein yang membantu kulit supaya kekal dalam keadaan yang baik sepenuhnya sehingga menampakkan hasil seperti kulit menjadi tegang, pengecilan pori, pengurangan garis-garis halus dan kedutan pada kulit, memulihkan sel-sel kulit yang rosak, mengurangkan kesan parut, memulihkan kulit dari jerawat dan jeragat supaya wajah sentiasa kelihatan muda, segar, anjal dan berseri-seri....
#
#
#
ROYAL JELLY pula mengandungi agent kolagen yang berkesan untuk perangsangan Anit Stress, serta kaya dengan sumber protein dan vitamin, disamping itu ia juga mampu mengelakkan kulit dari mudah terbakar, berfungsi sebagai anti penuaan yang mengandungi 17 amino asid, vitamin B dan mineral...

jom kita review sikit produk...

Set Kecantikan Artisari

STEP 1 : Pembersih Muka (Memulih dan Memelihara)
* Menghilangkan kotoran
* Mengimbangkan minyak
* Menghilangkan jerawat

STEP 2 : Toner (Intensif Pencerahan)
* Mencerahkan kulit
* Anti-Stress
* Menyegarkan kulit

STEP 3 : Krim Siang (Perlindungan Sinar UV)
* Mampu membaikpulih kulit
* Anti-Jeragat
* Anti-Oksida

STEP 4 : Krim Malam (Intensif Anti-Penuaan)
* Mengurangkan kedutan
* Kulit menjadi cerah dan sekata
* Menganjalkan kulit

Set Kecantikan harga mampu milik...
Hanya RM 180.00 satu set..

Berminat boleh contact saya ye seperti di bawah : 
  •   Address : Presint 9, Putrajaya
  •   Tel : 012-5135064 (sms/whatsapp)
  •   Instagram : @artisari_putrajaya

Ayu
Ajen Sah Artisari Putrajaya