Wednesday, December 11, 2013

Cuti-cuti ke Langkawi

Assalamualaikum....

Kembali bersiaran setelah agak lama mendiamkan diri...cewah...ayat tak boleh blah...hahaha...

Percutian kali ni kami semua ke Langkawi...papa arissa dah berniat nak bawak mak dan ayah dia bercuti kat sana...percutian kami selama 3 hari 2 malam memang seronok, cumanya aku rasa masa tak berapa cukup..
Banyak benda yang dah plan dari sini tak tercapai disebabkan oleh masa dan situasi yang tidak mengizinkan..
Yela mana tak nya datang bercuti waktu budak-budak tengah cuti sekolah..memang semua benda jadi terhad la kan....

Jom kita layan gambar...

Sampai jeti kuala perlis 4 pagi...awal betul..

Arissa punya mengantuk sampaikan tido atas luggage la...sian anak mama..

suka dapat naik feri...maklum la kali pertama...
beratur nak naik feri...
 lepas solat kami semua keluar nak naik cable car...sampai je terus pergi tempat tiket, mengecewakan...takpe lain kali dtg lagi..

kami...budak tengah yang poyo..

papa arissa n me...uwwaa...dah gemok la..
Arissa cuak naik kereta kuda...tapi lepas naik tu terus mulut bercerita...konon-konon dia tu ala-ala princess sofia la.. siri kartun yang dia suka..
Kereta kuda...pusing-pusing..

Sian arissa nak lompat mcm tu tak pandai...tangan pun jadi la ke atas...hahaha


Rumah mahsuri...



Buai laju-laju...

 Island Hoping time...
Arissa seronok...tak rugi bayar...

Arissa dah penat masa ni..tapi muka dia memang tengok seronok la..

Ok la, taknak dah berceloteh pjg..nanti korang bosan...

Wednesday, November 13, 2013

Rasa nak resign

Assalamualaikum....

Hari ni  mood agak kurang sikit sebab susah hati la...arissa dah 3 hari tak mau susu n makan sangat...
Aku pun tak tahu kenapa...sejak minggu lepas weekend dia tak sihat, terus dia tak mau minum susu n makan...sebagai seorang ibu tentulah kita susah hati kan...
tengok keadaan dia yang makin susut...lemah...lepas tu dia pulak selalu mengadu penat...aduii...susah hati la..

Bila keadaan macam ni, rasa terus nak letak jawatan..duduk rumah jaga anak sendiri...bagi sepenuh perhatian pada anak je...

terpaksa amik nebulizer sebab doktor cakap ruang penafasan arissa sempit...batuk tak lepas pastu doktor cakap macam ada semput sikit...

bila macam ni keadaan anak, hati ibu mana yang tak risau dan sedih...Ya Allah, lindungilah anakku Arissa Husnina...peliharalah dia dari segala kesakitan dan jauhilah

Pagi tadi lalu pergi kafe kat ofis nak hantar borang tempahan makanan untuk mesyuarat, jenguk sekejap cermin kecik bilik arissa...nampak dia tengah tengok tv dalam keadaan tengah batuk...dah la bilik tu sejuk tak ada lapik kain or tilam...sedih la tengok...

Kakak maafkan mama n papa...kalau papa n mama dah stabil nanti mama akan mintak papa carikan tempat yang lebih selesa untuk kakak ye sayang....rasa nak menangis pulak...
Doakan Arissa sihat dan chubby balik ye...