Assalamualaikum...
Dah masuk part 2 entry korea kan...hehehe...banyak yang nak share ngan korang semua..mana la tahu apa yang aku share ni blh jadikan panduan untuk korang nak ke sana nanti...
masa ni awal lagi..baru pukul 8 pagi tak silap...anak-anak pun kena bangun awal..
waktu pagi ni sejuk sangat-sangat sebab angin dom tiup je kan...
pagi tu dari Hongik nak ke Namdaemon...saja cuci mata sikit..tengok ole-ole...
bos besar duduk dalam stroller je...memang dia malas betul nak jalan arrian ni...agaknya sebab sejuk kot..
ni la namdaemon...belum buka lagi...
en nas belikan ayah dia jaket sejuk...yang sesuai untuk suhu kat malaysia..kat sini orang korea ramai yang pandai cakap melayu...sebab pelancong malaysia ramai ke sini...
Dari Namdaemon kami terus ke Memorial War Samgakji
Nasib baik bekalkan pisang kat diorang dua beradik ni...sejuk-sejuk macam ni memang lapar sentiasa...
sempat arrian berkenalan dengan anak korea..hahaha..
singgah butik G-Shock survey harga jam kat situ..
Bila perut dah lapar kami terus ke Itaewon..cari tempat makanan halal...pergi restoran yang kakak aku google Eid..
이드 /EidOperating Hours: Selasa - Ahad | 11.30 pagi - 9.00 malam
Restoran makanan Halal yang sempat kami pegi di area Itaewon iaitu Eid. Eid ini dimiliki oleh Encik Yusof dan anaknya , Saad. Kalau nak di ikutkan, kedai ini tak susah pun nak cari sebab berada di belakang masjid Itaewon sahaja. Kalau sesiapa yang tahu jalan belakang masjid Itaewon, anda hanya perlu berjalan terus, Eid akan berada di sebelah kiri anda.
Beef Bulgogi
Kimchi, Anchovies dan sayur
Uimeja, the 5 flavoured tea
yang ni tak berapa nak ingat
bersama En.Yusof tokey restoran yang sangat baik dan peramah...
susu pisang made from korea...sedap...
Masjid di Itaewon
kami solat dulu sebelum teruskan perjalanan ke destinasi yang lain...hehehe..banyak tempat kami pegi untuk 1 hari..memang kaki kena kuat betul...
Dari Itaewon kami gerak ke destinasi berikutnya iaitu Chungmuro
Namsangol Hanok Village ni macam perkampungan lama orang korea...macam dalam drama lama korea..
Arrian still macam biasa la kan..tido..hahaha...
melawat kampung yang dah lama tinggal..hahaha...
kakak dah penat..lepas tu dah mula mengantuk..jadi suh dia naik belakang papa je...
selesai jalan-jalan kat sini kami terus ke N Seoul Tower...menara kat korea..macam KL Tower la..nak ke sini kena naik bas..nak jalan jauh wooo...
Arissa tido time ni sebab dia dah penat sesgt...sian kakak...tengok si kecik ni.....best je..jadi big boss...
pemandangan dari atas tower...lepas tu kami naik cable car...
waktu jalan-jalan nak balik dah terserempak pulak dengan replika robocar poli ni...besar...
sebelum balik kami singgah kat Myeongdong Street shopping kosmetik sikit...dapat la bedak untuk akun mak mertua aku..kak yam beli foundation...best tau kat sini..macam-macam kosmetik ada..kami pilih etude house je..sebab ada kupon diskaun yang boleh guna...
Lepas shopping terus cari tempat makan..lapar sangat dah sebab makan pagi je...tu pun masak kat bilik..sebelum keluar isi perut dulu...kena ketuk kat sini wei...makan kedai arab...perghhh...tak sempat plak snap gambar...memang menyumpah keluar dari kedai tu...
Lepas makan terus balik bilik...penat seharian...kaki kena rehat untuk perjalanan esok pulak...
Kita sambung next episod nanti ye...
Babai...
Kamsa Hamnidaaa - Terima Kasih