Thursday, April 26, 2012

Bila Kaki Diangkat Masuk Ke Mulut

Assalamualaikum...

Benar ke kata orang tua-tua dulu bila seseorang anak itu tak kira la kecil mahupun besar, apabila mereka memasukkan kaki ke dalam mulut menandakan yang mereka nak dapat adik lagi. Sejauh mana kebenaran itu?
Tapi bagi aku kata-kata itu kadang-kadang boleh pakai, dan kadang-kadang tak boleh pakai jugak sebab arissa mula masukkan kaki ke dalam mulut seawal usia dia 5 bulan lagi..Sekarang ni pun dia masih suka masukkan kaki ke dalam mulut lagi...Kalau betul la fakta tu, dah lama aku mengandung..Sebenarnya, kita hanya merancang..tapi Allah yang menentukan segalanya..Papa arissa pulak dah mula usik-usik aku..dia cakap arissa nak adik lagi tu..Lepas tu aku cakap balik kat dia yang aku masih belum bersedia..bukan apa, aku rasa bila aku dah mengandung time sekarang, arissa mesti akan rasa lain ..aku tak sampai hati la..aku rasa aku masih belum cukup berikan arissa kasih sayang...arissa masih perlukan kasih sayang lagi daripada aku dan papa dia..
Tunggu la, umur arissa dah nak masuk 3 tahun, aku bersedia untuk mengandung kali ke-2...Dengan harapan arissa akan dapat adik lelaki..InsyaAllah..

Monday, April 23, 2012

Nak Berdikari

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku tengok arissa memang cepat sangat mengajuk cakap dan ikut perkara yang aku buat kat rumah..sebagai contoh, dia tengok aku pegang pengepit kuku, dia pun mula la ambik pengepit kuku dan duduk lepas tu dia buat la macam mana kita selalu potong kuku tu...hehehe...
Satu lagi, dah mula nak pakai kasut sendiri, kononnya dia dah besar..boleh buat sendiri...
Korang tengok la sendiri gambar kat bawah ni..


Wednesday, April 18, 2012

Khasiat Susu Ibu

Assalamualaikum....

Pagi nie aku nak kongsi cerita dengan semua betapa sangat bagusnya susu ibu kepada anak-anak kita...

Susu ibu ni mempunyai khasiat yang lengkap untuk tumbesaran anak-anak berbanding dengan susu formula.  Di samping itu, ia juga baik untuk para ibu untuk membantu mencegah penyakit berbahaya seperti barah payu dara.

Susu ibu menyediakan khasiat yang seimbang untuk bayi untuk menghasilkan tubuh badan yang lebih padat, kulit yang sihat dan bayi yang cergas kerana ia mengandungi kandungan protein adiponectin yang tinggi iaitu sejenis protein yang  amat baik untuk metabolisma bayi.  Ia tidak akan membuat bayi obesiti seperti kebanyakan susu formula yang mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi.

Susu ibu juga mampu meningkatkan antibodi bayi kerana susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih kuat.  Ia akan manghasilkan bayi yang mampu mempertahankan diri dari jangkitan penyakit seperti selsema, demam dan juga serangan virus.

Perisa dah khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari.  Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi anda. Kalau makan durian, rasa durian la susu kita...hehehe...

Kajian mendapati bahawa bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi akan lebih mudah untuk menguasai bahasa.  Ia mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak.  Khasiat susu ibu dipercayai mampu mengatasi masalah anak yang lambat bercakap dan pelat.  Sebaik-baiknya susu ibu diberikan secara ekslusif selama tujuh bulan agar si manja dapat bercakap dengan lancar seawal dia berumur dua tahun

Susu ibu dapat meningkatkan daya tumpuan anak-anak kerana susu ibu mempunyai kandungan DHA yang tinggi.  DHA mempengaruhi perkembangan otak dan mata kanak-kanak.  Oleh itu para ibu ditekankan untuk mendapatkan diet yang tinggi kandungan DHA serta mempunyai nutrien yang penting supaya dapat membekalkan DHA dan khasiat yang cukup untuk anak masing-masing menerusi penyusuan.

Kaedah penyusuan susu ibu mampu mengurangkan tekanan perasaan ibu.  Ia adalah satu kaedah yang paling mujarab untuk memberi kesan penenang kepada si ibu setelah penat bekerja seharian.

Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan si ibu dan si bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang sukar dipisahkan malah mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. 

Susu ibu adalah sentiasa segar kerana ia diberi terus daripada ibu kepada anak.  Disamping itu ia juga mampu menjimatkan belanja jika dibandingkan kos yang terpaksa ditanggung jika bayi diberikan susu formula yang mana ia menelan belanja sebanyak ratusan ringgit setiap bulan.

Proses penysuan susu ibu juga mampu mempercepatkan proses pelangsingan badan ibu kepada bentuk asal.  Ia adalah satu jalan mudah jika dibandingkan dengan usaha dan cara rawatan lain.  Ia mampu mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin sekaligus membantu menganbalikan badan seperti asal.

Oleh itu adalah amat rugi jika para ibu yang mampu menyusukan bayi tidak melakukannya secara ekslusif sekurang-kurangnya selama tujuh bulan.

Syukur Alhamdulillah kerana aku masih lagi diberi susu yang banyak untuk diberikan kepada Arissa sehingga sekarang...dan memang betul susu ibu mampu meningkatkan perkembangan percakapan dan komunikasi anak-anak kita..pecaya la..

Tuesday, April 17, 2012

Stroller Untuk Bear Arissa


Tengah baiki apa yang rosak..

Aktiviti Cuti Sempena Pertabalan Agong

Assalamualaikum...

Huh..! mengeluh macam dah lama je tak jengah blog kan..hehehe
Cuti sempena pertabalan Agong baru-baru ni aku dan papa arissa bawak arissa pergi mandi kolam kat Cyberjaya..biasa la kan kat situ je pun tempat yang ok bagi aku..peraturan pun tak ketat..Mula tu arissa macam takut sebab dah lama tak pergi mandi kolam..tapi lama-lama dia suka...jom layan picas arissa..
Muka takut lagi...
Papa jadi coach renang
Pandai kan saya renang...


End...

Monday, April 9, 2012

Saya Penyokong Malaysia

Assalamualaikum...
Ni la penyokong kuat Malaysia rumah aku..hehehe..

Friday, April 6, 2012

Mula Belajar

Assalamualaikum...

Semalam, masa aku sambil tengok tv aku perhatikan arissa sebok dengan barang permainan dan buku dia..rupa-rupanya dia sibuk nak belajar sendiri mengenal haiwan dan tubuh badan dia..
Korang tengok la sendiri gambar dia dengan penuh kusyuk menyelak buku-buku dia tu..hehehe..
Moga arissa jadi anak yang bijak dan pandai ye syg...






Monday, April 2, 2012

My Kerinting's

Assalamualaikum...

Memperkenalkan kepada semua aku punya buah hati 2 kerinting's...Arissa dan papa rambut sama patern..hehehe..